Dialog Tegang, Penjelasan Ahli Parlimen Bakri

 

KUALA LUMPUR: Pada pagi tadi, pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan satu dialog di Dewan Serbaguna Poh Ann Kong.Menurut Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, pada 12 Mei lepas, satu dialog yang sama telah diadakan di Pusat Informasi di Pengerang namun dialog tersebut telah ditunda pada hari ini.“Ini kerana terdapat bantahan daripada penduduk kampung disebabkan oleh proses pemberitahuan maklumat awal tidak disebarkan dengan meluas,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.Beliau turut menceritakan bagaimana dialog tersebut menjadi tegang.Berikut ialah penjelasan beliau berhubung insiden tersebut.Pada pagi tadi, pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan satu dialog di Dewan Serbaguna Poh Ann Kong.Pada 12 Mei lepas, satu dialog yang sama telah di adakan di Pusat Informasi di Pengerang namun dialog tersebut telah ditunda pada hari ini.Ini kerana terdapat bantahan daripada penduduk kampung disebabkan oleh proses pemberitahuan maklumat awal tidak disebarkan dengan meluas.Dialog ini dipecahkan kepada 2 bahagian, sesi pertama ialah penjelasan dan sesi kedua adalah soal jawab.Di akhir sesi soal jawab kira-kira jam 12 tengah hari, terdapat 7 orang penduduk kampung yang beratur untuk bertanyakan soalan kepada panel yang hadir.Namun sikap pihak penganjur yang tidak prihatin terhadap permintaan penduduk telah mewujudkan suasana rundingan antara pihak penduduk dan penganjur untuk memberikan laluan kepada mereka.Namun tindakan pihak polis yang menghalang sesi perundingan dan menghalau penduduk kampung supaya bersurai telah menimbulkan suasana tegang.Dalam pada masa yang sama tindakan pihak polis membawa keluar penganjur dengan tergesa-gesa amatlah tidak wajar kerana program masih lagi berjalan.Tindakan pihak peganjur yang keluar secara terburu-buru telah menyebabkan beberapa orang peserta pergi mendapatkan mereka di luar dewan.Namun mereka mendapati pihak penganjur telah tiada dan hanya terdapat sebuah kereta yang meluru laju ke arah mereka.Salah seorang daripada peserta cuba memberi isyarat perlahan kepada kereta tersebut, namun kereta tersebut semakin laju dan menyebabkan tangan peserta tersebut telah terkena cermin sisi.Kejadian tersebut menyebabkan keadaan bertambah tegang dengan tindakan polis cuba menahan mangsa kemalangan dan berlaku perebutan barang bukti antara pihak polis dan mangsa.Kejadian ini telah dilaporkan oleh mangsa di Balai Polis Sungai Rengit bersama dengan 3 orang saksi kejadian.HD

 

 

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s