Panas! Rafizi Nasihatkan Zahid Jangan Masuk Campur Urusan Polis…

 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa tidak campurtangan dalam urusan professional pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) di seluruh negara bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menegaskan, pembangkang telah mempunyai kerjasama erat dengan pasukan keselamatan berkenaan dan Ahmad Zahid seharusnya membiarkan perkara itu diuruskan pasukan polis tanpa campurtangannya.

“Saya tidak merasakan ugutan-ugutan akan beri kesan kepada penganjuran himpunan … selepas beberapa kenyataan amaran, masih ramai yang sertai himpunan kerana ia isu penipuan dalam pilihan raya, isu nasional,” kata Rafizi (gambar) yang juga Pengarah Strategik PKR ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

“Lebih baik beliau fokus menangani isu penipuan kad pengenalan palsu,” kata Rafizi merujuk kepada kes pengundi hantu yang didakwanya wujud dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.

Minggu lalu, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan menegaskan kerajaan tidak lagi akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Beliau menegaskan, kementeriannya tidak lagi akan berkompromi dengan pihak-pihak tertentu yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan.

1 Komen

  1. Whilst shooting a friend’s large Italian wedding, We became fascinated in two older guys who looked like two character actors in a scene from “The Godfather”. Despite the fact that absolutely free and naturally romantic, it could act as a favorite wedding ceremony photography spot, specifically on a beautiful July Saturday. Effects are great when they are classic, but be careful that this effects not necessarily going to end up like a time warp of embarrassment if you look back again at these photographs in 20 years.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s