Pesta Himpunan Rakyat Tiada Kena-Mengena Dengan Malaysia Spring…

 

Jurucakap Gabungan NGO Suara Rakyat 505 Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan menganjurkan “pesta rakyat bagi mengembalikan demokrasi yang dicuri” secara besar-besaran di Petaling Jaya pada 25 Mei ini sebelum diikuti siri-siri lain di seluruh negara,

Perhimpunan yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall antara lain bakal menampilkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Sekali gus, tegasnya, perhimpunan tersebut “tidak ada kena mengena” dengan dakwaan mahu merampas kerajaan ala “Arab Spring” atau “Malaysian Spring” seperti yang didakwan oleh pihak pemerintah.

Perhimpunan itu dijadual berlangsung bermula petang sehingga malam dan menjangkakan ramai yang akan hadir susulan mood rakyat Malaysia ketika ini, kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu lagi.

“Saya mahu menegaskan perhimpunan ini tidak ada kena mengena dengan Malaysian Spring atau berlaku merampas kerajaan atau dirancang berlaku (untuk merampas kerajaan).

“Sebaliknya rakyat terus bangkit untuk mencari demokrasi yang dicuri kepada rakyat,” katanya sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu momokkan untuk menakut-nakutkan kerana kebangkitan rakyat.

Beliau juga berharap semua pihak termasuk pihak polis memberi kerjasama dan tidak termakan dengan “perang saraf” yang dilakukan “pihak yang takut dengan kebangkitan rakyat”.

Badrul berkata perhimpunan itu menuntut tiga perkata antara lain mendesak supaya pengerusi dan seluruh jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan serta merta kerana didakwanya gagal menguruskan pilihan raya dengan telus.

Sebaliknya, kata Badrul pihaknya mencadangkan supaya pemilihan anggota SPR yang baru berdasarkan persetujuan rakyat melalui pendengaran awam dan diletakkan suruhanjaya itu bawah kuasa Parlimen.

Selain itu, beliau turut mendesak supaya diadakan pilihan raya semula di kawasan yang didakwanya terbukti wujudnya penipuan tanpa mengira logo parti sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

Ditanya sama ada telah memaklumkan kepada pihak polis berhubung perhimpunan itu, Badrul Hisham yang mesra dipanggil ‘Chegubard’ berkata “itu semua dalam kawalan” dan beliau berharap rakyat akan hadir tanpa sebarang kerisauan.

Antara NGO dan parti politik yang menyokong himpunan tersebut adalah Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

 

3 Komen

  1. Howdy! I could have sworn I’ve been to this website before but after browsing through some of the post I realized it’s new to me.
    Anyways, I’m definitely happy I found it and I’ll be bookmarking and
    checking back frequently!

  2. For latest information you have to pay a visit the web and on internet I found this web page as a most excellent web site for newest updates.

  3. For newest news you have to pay a quick visit the web and on internet I found
    this site as a finest web page for hottest updates.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s