Tak Setuju Boikot Pulak Dah… Umno Makin Celaru


Putrajaya tidak sokong boikot perniagaan Cina, kata menteri

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Putrajaya tidak menyokong dengan gesaan badan bukan kerajaan (NGO) dan blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang berkempen memboikot perniagaan Cina, kata menteri Kabinet baru Datuk Hasan Malek hari ini.

Walaubagaimanapun, menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) tersebut berkata pihaknya tidak boleh menyekat hak dan pandangan oleh NGO serta blogger terbabit, tetapi akan memanggil pihak terbabit untuk berbincang mengenai kemelut itu. 

“Saya akan panggil NGO-NGO ini untuk berbincang. 

“Kita akan cari jalan penyelesaian… setiap NGO ada pandangan masing-masing, kita tidak boleh sekat dan ada hak untuk berkata sedemikian,” tambahnya. 

Namun, Hasan menegaskan kementeriannya berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, bukan hanya untuk kepentingan sesetengah pihak. 

“Kita tidak akan terbabit dengan pandangan mereka yang mahu memboikot. 

“Apa yang saya tahu, kita adalah kementerian untuk rakyat Malaysia,” kata Hasan dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Beli Barangan Malaysia disini. 

Baru-baru ini selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 (PRU13), beberapa NGO Melayu termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara terbuka menggesa memboikot perniagaan Cina, kempen tersebut kemudiaannya semakin meluas di kalangan blogger pro-BN.

Hasan turut menekankan perkara yang lebih utama bagi kementerian yang diterajuinya ketika ini adalah mengenai kepentingan nasional melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia. 

“Kita mestilah pentingkan isu nasional terlebih dahulu, yang penting adalah rakyat. 

“Maknanya ialah memastikan kebaikan untuk rakyat terlebih dahulu,” tegas beliau lagi. 

Antaraa blogger yang sudah memulakan kempen memboikot tersebut adalah bigdogdotcom.wordpress.com, gerakan-anti-pkr.blogspot.com, parpukari.blogspot.com, anotherbrickinwall.blogspot.com dan theunspinners.blogspot.com. 

Pertikaian dan langkah menyalahkan pengundi masyarakat Cina bermula apabila Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah “tsunami Cina” selepas keputusan pilihan raya menunjukkan BN kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, juga di muka depan pada Selasa lalu mengeluarkan tajuk “Apa lagi Cina mahu?” Sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.

Namun, penganalisis Merdeka Center menegaskan Pilihan Raya 2013 bukanlah “tsunami Cina” kerana ia menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan bacaan Najib mengenai pilihan raya umum 5 Mei sebagai “tsunami Cina” tidak tepat kerana Melayu bandar turut mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).

Pnganalisis telah mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini. 

BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan. 

BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR Ahad lalu. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013. -TMI

Ulasan GB

Nampaknya UMNO BN terus bercelaru dan berpecah selepas pilihanraya.

Serba tak kena dan saling tuding-menuding. 

Sebahagian kata nak boikot, sebahagian yang lain kata jangan.

Hukum kebenaran dan keadilan sedang berjalan. Golongan yang memainkan sentimen perkauman akan tetap dengan api perkaumannya dan akan terus membakar diri mereka sendiri…HD

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s