Guan Eng Minta Polis Bertindak Keatas Samseng Yang Menyerang Peserta Demo Pembebasan Adam Adli

Sekumpulan penyokong pro BN mengasari kira-kira 30 peserta perhimpunan yang menuntut pembebasan Adam Adli di pintu depan USM malam tadi.

 

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu polis bertindak ke atas  samseng yang cuba mengganggu hak rakyat Malaysia untuk mengadakan perhimpunan nyalaan lilin menuntut pembebasan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Hamid malam tadi.

Beliau berkata, sekumpulan penyokong pro Barisan Nasional telah mengasari peserta perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30 orang termasuk dua wartawan iaitu Low Chia Ming dari Malaysiakini dan wartawan Nanyang Siang Pau Bryan Lai di hadapan Universiti Sains Malaysia.

Difahamkan pembantu khas kepada Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari  turut dipukul ketika mengadakan nyalaan lilin bagi memberi sokongan kepada aktivis mahasiswa, itu.

Rozaimin Khir Johari didakwa dipukul ketika upacara berlangsung di pintu depan universiti itu.

Lim yang juga Setiuasaha Agung DAP berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang mengutuk tindakan ganas penyokong-penyokong BN tersebut.
Katanya, laporan polis telah pun dibuat oleh kedua wartawan terbabit.

`Polis tidak ambil tindakan’

“Amat menyedihkan apabila polis cawangan khas yang hadir tidak pun mengambil tindakan terhadap samseng-samseng tersebut. Saya akan menulis surat kepada Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk mendesak supaya tindakan diambil terhadap samseng-samseng ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Lim berkata, kerajaan negeri  amat terkejut apabila kerajaan persekutuan BN dan Peguam Negara kelihatan merelakan perogol mengahwini mangsa rogol bawah umur bagi mengelak dakwaan jenayah kerana merogol gadis bawah umur
Katanya, membenarkan perogol gadis bawah umur bebas tanpa dihukum adalah amat keji.

“Tiada sesiapa patut terlepas daripada tuduhan merogol hanya kerana mereka mengahwini mangsa.

“Membenarkan seorang perogol untuk bebas daripada pertuduhan merogol hanya kerana mengahwini mangsanya bukan sahaja amat keji malah sangat-sangat tidak bermoral. Apa lagi perlindungan yang ada untuk anak bawah umur dan gadis muda daripada perogol,?” tanya beliau.

Menurut Lim, kes rogol bawah umur di Sabah semalam di mana pertuduhan terhadap si perogol boleh digugurkan kerana dia mengahwini mangsa berusia 13 tahun itu sangat tidak boleh diterima kerana jenayah tetap jenayah dan mesti dihukum dengan berat.

Katanya, adalah amat meloyakan untuk membenarkan mangsa rogol mengahwini si perogol supaya perogol boleh mengelak daripada menjalani hukuman di atas jenayahnya yang cela itu.

`Menghukum mangsa bukan pelaku’

“Ini sudah menghukum mangsa dan bukan pelaku. Kedua-dua perogol dan mangsa rogol mungkin boleh berkahwin di masa akan datang kerana itu hak mereka, tetapi tidak boleh dibenarkan sesiapa pun menggunakan alasan itu untuk meboloskan diri daripada dihukum,” tambah Lim.

Beliau menambah, tujuan mengadakan peruntukan undang-undang jenayah untuk kes rogol bawah umur ialah untuk melindungi gadis bawah usia 16 tahun yang telah rela melakukan hubungan seksual tanpa menyedari akibat daripada tindakan mereka.

Katanya, jika para lelaki boleh bebas daripada tuduhan rogol bawah umur dengan mengahwini anak gadis muda, mungkinkah klausa pengecualian ini dipanjangkan kepada semua kes mangsa rogol dengan menggalakkan perogol mengahwini mangsanya.

Menurutnya, sebagai ibu bapa kepada anak-anak perempuan, kita sentiasa runsing dan takut anak-anak bawah umur kita diambil kesempatan.

Tambahnya, apalah gunanya mempunyai kedaulatan undang-undang sekiranya undang-undang tidak boleh melindungi mereka.

Kataya, beliau berharap semua pihak berkuasa berkaitan akan berasa malu sehingga mesti mengambil tindakan terhadap semua kes rogol bawah umur yang merupakan jenayah tidak kira sama ada perogol mengahwini mangsanya atau tidak.FMT

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s