Bekas Timbalan Ketua Pemuda Umno Telibat Serang Demo Pro Adam Adli USM Pulau Pinang

 Bekas Timbalan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang didakwa terlibat dalam serangan ke atas kumpulan pro Adam Adli di Sungai Dua, Pulau Pinang malam tadi.Menurut Pegawai khas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Rozaimin Elias, dia dapat mengecam wajahnya kerana dia tidak memakai topi keledar seperti rakan-rakannya yang lain.

Rozaimin merupakan salah seorang yang dikasari ketika mengadakan perhimpunan nyalaan lilin bagi mendesak pembebasan Adam di pintu masuk Universiti Sains Malaysia (USM), malam tadi.

Menurutnya, kira-kira 10 hingga 15 lelaki menaiki motosikal dengan memakai baju berlogo 1Malaysia datang ke tempat mereka berhimpun dan mengarahkan kumpulan tersebut bersurai.
Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, Rozaimin berkata dia diserang dan dihentak dengan topi keledar.”Mereka datang buat kacau dan jerit-jerit suruh kami pulang. Mereka kata himpunan itu menimbulkan suasana tidak tenteram padahal kami bukan ganggu lalu lintas pun.

“Salah seorang itu, memang saya cam, bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Rozaimin berkata, kumpulan tersebut hanya beredar selepas mereka bersurai.Ekoran kejadian itu, Rozaimin membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Nibong pagi tadi.”Tak ada sebarang kecederaan tapi sakit-sakit badanlah sebab bergelut dan kena hentak dengan topi keledar. Setengah jam lepas kami bersurai baru polis datang ronda dengan motosikal,” ujarnya.Selain Rozaimin, seorang lagi pembantu Zairil, Akmal Zakaria turut dikasari bersama beberapa mahasiswa USM dan aktivis Suaram Pulau Pinang serta dua wartawan.HD

NONE

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s