Berita Baik Buat Zahid Hamidi Dari Cikgu Bad!

Gabungan NGO  “Suara Rakyat 505” akan tetap meneruskan himpunanmereka esok biarpun ramai pimpinan Pakatan Rakyat mula ditangkap sejak semalam.

Penggerak utama himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan.

Koordinator NGO itu, Badrul Hisham Shaharin berkata, siri penangkapan terbaru tiga pemimpin dan aktivis rakyat dan seorang aktivis mahasiswa merupakan tindakan terdesak untuk menutup suara rakyat.

“Negara seolah-olah berada dalam keadaan ‘belum merdeka’ ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan.

“Ini bukti kegagalan transformasi Najib, ketika kerajaan yang ada hari ini tidak punya sokongan majoriti,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, peristiwa penangkapan hari ini mengingatkankepada bagaimana penceroboh Sulu contohnya, diberi layanan dan masa yang selesa tetapi rakyat sendiri dilayan umpama penjenayah besar.

“Sesungguhnya rakyat tidak sedia ditipu lagi dalam 5 tahun akan datang, tetapi rakyat sedia untuk memperjuangkan tuntutan demokrasi bila-bila masa dari sekarang,” katanya sambil menyeru rakyat hadir 25 Mei ini.

Himpunan tersebut dijadual berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga malam.HD

2 Komen

  1. I really like what you guys are up too. This type
    of clever work and exposure! Keep up the amazing works guys I’ve you guys to my blogroll.

  2. This website was… how do I say it? Relevant!! Finally I’ve found something that helped me. Thanks a lot!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s