Makcik Bersih Tiup Semangat Peserta Nyalaan Lilin Supaya Jangan Takut,Polis Kejar Jangan Lari!

 

‘Makcik BERSIH’ atau nama sebenarnya Annie Ooi mencuri perhatian peserta majlis nyalaan lilin di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang apabila menggesa mereka agar tidak bertempiaran lari sekiranya dikejar polis yang berkawal.

Dalam ucapan ringkasnya di majlis itu, beliau menegaskan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan hanya perlu berjalan menjauhi polis yang menghampiri mereka.

“Kita bukan perompak atau pembunuh.

“Kalau polis datang dekat kita, kita jalan pergi perlahan-lahan. Jangan lari bertempiaran macam pengecut,” katanya disambut sorakan gembira kira-kira 700 peserta majlis itu.

Beliau kemudian mengundang ketawa kecil orang ramai apabila mengeluarkan sebatang berus gigi daripada beg uncangnya sebagai tanda bersedia untuk bermalam di dalam lokap.

“Kita semua perlu bersedia untuk dilokap kalau polis mahu tangkap semua rakyat Malaysia,” katanya disambut tepukan dan sorakan orang ramai.

Majlis malam tadi diadakan sebagai tanda bersama dengan Naib Presiden PKR, Tian Chua; aktivis NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim, dan aktivis PAS, Datuk Tamrin Ghafar yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Mereka memasang lilin sebagai tanda sokongan kepada ketiga-tiga orang itu yang ditahan di lokap berpusat itu..

Turut berucap di majlis malam tadi adalah bapa Adam Adli, Abdul Halim Abdul Hamid, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan beberapa orang awam yang diberikan peluang berucap.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s