Perkembangan Ustaz Azizan Semakin Positif

 Keadaan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak semakin stabil, biarpun masih lemah setelah menjalani rawatan sejak 17 hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid berkata rawatan kini menumpukan kepada luka di bahagian kaki yang dipotong agar terkawal, biarpun sudah banyak menunjukkan perkembangan positif,

Malah, bacaan tekanan darah dan jantung Ustaz Azizan juga bertambah baik, dan mula sedar beberapa kali apabila menerima tetamu.

“Biarpun Datuk masih belum boleh bersuara (kerana alat bantuan pernafasan), tapi kami dan pelawat boleh faham gerak bibir Datuk. Ada masanya, beliau akan meminta kertas untuk menulis, dan biasanya hanya satu perkataan seperti yang ditulisnya kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali iaitu ‘maaf’,” kata Helmi yang sering berada di hospital bagi menemani Azizan, selain ahli keluarganya.

Tambah Helmi, doktor yang merawat Azizan juga telah memaklumkan kepada ahli keluarga tentang respons baik yang diberikan Azizan apabila menerima kunjungan pelawat.

“Ada masanya, beliau akan membuka mata, anggukkan kepala serta cuba mengangkat tangan untuk bersalam. Beliau juga ada tersenyum yang begitu cukup menyenangkan hati kami yang melihatnya. Dan perkembangan itu, kata doktor satu perkembangan yang begitu positif,” tambah Helmi.

Ditanya keadaan Azizan apabila menyedari kedua-dua kakinya sudah dipotong, sedangkan beliau melarang keras untuk berbuat demikian sebelum ini, Helmi berkata beliau telah dimaklumkan tentang keadaannya itu setiap kali proses mencuci luka diljalankan.

“Setiap kali doktor dan jururawat akan mencuci luka beliau, mereka akan maklumkan tentang keadaannya, dan beliau menerimanya. Maknanya, beliau sudah tahu tentang keadaan itu dan kelihatan redha menerimanya,” kata Helmi lagi.

Sepanjang menerima rawatan di situ, Azizan tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai, termasuk pemimpin negara.

Antara yang hadir menziarahinya ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

Pagi tadi, Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang turut menziarahi beliau.

Azizan dimasukkan ke hospital itu pada 7 Mei lalu, setelah mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan buah pinggang.HD

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s