SPR Tolak Untuk Berdebat Bukan Takut Tapi Bacul!

 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak cabaran untuk berdebat dengan wakil Pakatan Rakyat berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilapor berkata, SPR tiada keperluan untuk berdebat kerana sebarang rasa tidak puas hati tentang keputusan PRU13 lalu boleh dibuat melalui memfailkan petisyen.

“Sebenarnya kami tidak takut untuk berdebat dengan sesiapa kerana kami melaksanakan kerja bersandarkan pada undang-undang dan peraturan tetapi untuk apa SPR perlu bagi publisiti murahan kepada mereka?

“Pembangkang hendak sangat tunjukkan pada penyokong mereka kononnya mereka menang debat…dia berdebat nak cari publisiti, nak hujahkan perkara yang dia duk debat di jalan raya tu, walhal sekarang ini waktu petisyen pilihan raya, kita kena hormat undang-undang,” katanya dipetik Bernama.

Terlepas pandang

Sementara itu, Wan Ahmad juga dilaporkan mengakui pihaknya terlepas pandang soal teknikal seperti teknik menggunakan dakwat kekal yang perlu digoncang setiap dua jam untuk memastikan keberkesanannya.

“Insiden dakwat telah berlaku jadi kami belajar dari kesilapan…kami terlalu fokus kepada menyimpan dakwat di lokasi selamat iaitu di lokap polis dan merahsiakan warna dakwat kerana hendak mengelakkan sabotaj pilihan raya hingga terlupa hendak baca dengan teliti cara penggunaan dakwat itu,” katanya kepada agensi berita itu.HD

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s