Tian Chua,Tamrin,Pengerusi [ABU]Harris Mangsa Kerakusan Pemerintah.

Dr Hatta dan Tamrin di Balai Polis Jinjang.

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli mempertikaikan tindakan rakus kerajaan berhubung penangkapan yang dibuat ke atas dua pemimpin Pakatan Rakyat dan seorang aktivis NGO tanpa memikirkan sentimen rakyat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut memberitahu sikap keterlaluan menangkap pemimpin dikhuatiri akan menimbulkan kemarahan rakyat.
“Ia menunjukkan sikap rakus kerajaan berhubung penangkapan yang dibuat terhadap tiga individu yang bagi saya mereka bukannya satu ancaman kepada berlakunya huru hara.
“Apa yang merisaukan saya tindakan tersebut akan menimbulkan satu sentimen dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan,” ujar beliau kepada Harakahdaily.
Kata Dr Hatta lagi sebagai sebuah negara yang mengamalkan hak kebebasan bersuara, ketiga-tiga yang ditangkap itu merupakan pemimpin yang boleh melontarkan suara mereka kepada rakyat sebagai pandangan,Beliau yang berharap pihak polis segera membebaskan mereka sebelum menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

“Kita mempunyai undang-undang dan kebebasan untuk menyampaikan pandangan dan dalam beberapa siri himpunan sebelum ini yang dikatakan boleh timbul kacau bilau tetapi ia berlansung dengan aman dan baik
“Sepatutnya ini boleh diambil kira oleh pihak berkuasa untuk menilai bahawa tidak ada suasana kacau bilau sepertimana dihebohkan oleh media milik kerajaan sebelum ini,” sambung beliau.
Dr Hatta yang meminta agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pihak polis berfikir dengan waras dan menghentikan segera tangkapan bagi memastikan sesuatu yang tidak diingini berlaku apabila rakyat benar-benar bangkit mencari keadilan.
Dalam pada itu, beliau yang juga tidak menolak bekemungkinan akan berlaku lagi tangkapan susulan selepas ini.
“Saya tidak menolak kemungkinan akan berlaku lebih banyak tangkapan melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat dan juga NGO-NGO,” ujarnya.
Mereka yang ditahan hari ini ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Pengerusi NGO Asal Bukan Umno (ABU), Haris M Ibrahim dan Datuk Tamrin Ghaffar yang sekarang berada di lokap Balai Polis Jinjang.
Mereka difahamkan ditahan sehingga jam 11 pagi esok bagi mendapatkan lanjutan tempoh reman.HD

 

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s