‘Huru-Hara’ Insiden Piala FA

Hariankini.com — Perlawanan antara pasukan Pahang dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di separuh akhir kedua Piala FA awal malam tadi di Stadium Darul Makmur terpaksa dibatalkan gara-gara kekecohan hampir 7,000 orang memenuhi kawasan trek stadium akibat limpahan penonton memasuki stadium melebihi kapasiti sebenar.
Stadium yang berkapasiti 35,000 itu telah dibanjiri lebih 42,000 penyokong dari kedua-dua pasukan kerana dilaporkan wujud penonton yang memasuki stadium dengan menggunakan tiket palsu yang dijual pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, ada juga laporan wujud provokasi antara penyokong kedua-dua pasukan sehingga ada beberapa penonton yang tercedera akibat balingan objek keras dari luar stadium. Kerana bimbangkan keselamatan, pihak pengurusan perlawanan terpaksa menangguhkan perlawanan yang dilaporkan akan diadakan di stadium berkecuali tanpa penonton.Namun apa yang menggelikan hati, para penonton di rumah yang menonton melalui Astro Arena 801 untuk siaran langsung perlawanan berkenaan telah disajikan dengan siaran ‘gantian’ iaitu aksi seekor kucing sedang melakukan aksi ‘akrobatik’ membuang najis di tengah padang.SUMBER

Berita dari Sinar Harian

Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.

Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.

Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen. – SinarHarian

Seorang penonton terkena objek terbang

Nasib baik bukannya berlaku semasa Himpunan Suara Rakyat 505, kalau tidak tak cukup masa TV3 dan RTM belasah!!.SUMBER

StadiumDarulMakmur3 StadiumDarulMakmur4StadiumDarulMakmur1 StadiumDarulMakmur2StadiumDarulMakmur5

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s