Umno Tidak Terbabit Pertahan Akidah Natrah

Orang-orang Melayu dari UMNO didapati tidak bersama rakyat berbangsa Melayu dalam mempertahankan akidah Natrah, walaupun parti perkauman Melayu itu ditubuhkan sejak 1946.

Sebaliknya, sejarah Natrah menyaksikan rakyat Melayu bersatu atas beberapa pertubuhan berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

“Waktu isu Natrah berlaku pada tahun 1950, Umno diam membisu, yang ke depan adalah API, KMM (dan) AWAS,”

Dr. Burhanuddin al-Helmi, iaitu salah seorang pemimpin KMM yang kemudiannya menyertai PAS sebagai Presiden Pertama PAS turut dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas hasutan UMNO terhadap pihak British kerana dilihat mengepalai beberapa siri demontrasi dan mogok di Malaya dan Singapura

Dr. Burhanuddin al-Helmi sendiri pernah berdepan dgn Tunku Abdul Rahman secara face to face dalam mencari penyelesaian bagi menyelamatkan Akidah Natrah..

” Hang dengan aku kena turun bersama-sama dengan rakyat bagi mempertahankan akidah anak kecil tu… kalau hang masih dok sembunyi kat belakang British, hang jawablah depan Allah di Padang Mahsyar nanti… bagi aku hang ni cuma takat jadi tukang sarung sepatu Inggeris ja.. Hina sungguh orang macam hang ni…” – ujar Dr. Burhanuddin al- Helmy..

18 org muslim mati syahid ditembak oleh askar Ingeris yg berbangsa melayu ketika kes perhimpunan menyelamatkan akidah Natrah…

“Yang ditahan adalah Dr. Burhanuddin al-Helmi yang ditahan oleh penjajah (dan) pemimpin Umno tidak ada yang ke depan. kerana UMNO adalah Anjing perlihartaan British…

“Maka, (dakwaan Muhyiddin) itu mitos dan kata orang Melayu bersatu bersama UMNO juga adalah tidak berasas sama sekali,” – TEUKU ZACHARYAH BIN TEUKU NYAK KHAIRY ISKANDAR..

Sedikit maklumat tambahan tentang Natrah

Natrah (kiri) bersama Rokayah ketika melawat keluarga angkatnya
pada tahun 1997 di Kampung Mak Chili Paya, Kemaman, Terengganu

Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Natrah meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.HD

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s