Kekesalan Anthony Loke Kepada Pengarah ROS

DAP Malaysia mengecam tindakan Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman yang mengeluarkan kenyataannya kepada media, sedangkan siasatan masih belum selesai.

Ini kerana, DAP baru sahaja menerima surat daripada ROS yang meminta agar parti itu membekalkan beberapa dokumen untuk siasatan lanjut, semalam.

“Namun, dalam masa sama, hari ini di Utusan Malaysia, beliau telah bertindak mengeluarkan kenyataan biarpun kami baru terima surat semalam,” tegas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada sidang media, di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Menurut Anthony,  tindakan Abdul Rahman itu jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab, tidak profesional , serta seperti menjadi agen politik bagi pihak tertentu.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Seremban itu berkata kenyataan Abdul Rahman itu yang mengatakan terdapat ahli parti itu dinafikan hak mengundi pada kongres parti itu, Disember lalu, merupakan satu tuduhan.

Tegas Anthony, pada kongres parti itu, sebanyak 1843 perwakilan hadir dan mengundi bagi pemilihan parti (CEC), di samping peratus kehadiran ahli parti sebanyak 71.5 peratus.

“Peratusan itu menunjukkan satu angka yang tinggi, yang mana tidak ada mana-mana parti yang akan mendapat peratus kehadiran 100 peratus.  Jika peratusan itu boleh dianggap sehingga pemilihan itu tidak sah, adakah boleh jika kita katakan pilihan raya umum yang lalu juga tidak sah kerana peratusan keluar mengundi tidak 100 peratus?” soal Anthony.

Dalam pada itu, ROS juga mendakwa terdapat ahli parti DAP yang tidak menerima notis untuk kongres tersebut.

Kata Anthony, pihaknya telah menghantar notis kepada semua ahli mereka di seluruh negara, namun tidak dapat memberikan jaminan sama ada notis itu diterima atau tidak.

“Notis sudah dihantar. Terima atau tidak, ia di luar kemampuan kami.  Bolehkah Pos Malaysia juga beri jaminan setiap surat yang dihantar pengirim akan sampai kepada penerima?” soal Anthony.

Sementara itu, surat yang dihantar ROS semalam meminta tiga bukti penghantaran notis bagi beberapa cawangan di Negeri Sembilan, iaitu Taman Sri Sungai Pelek, Desa Dahlia, dan Ladang Paroi, selain satu di Taman Desa Skudai, Johor yang mendakwa tidak menerima notis.

Tegas Anthony, tiga daripada empat cawangan itu telah hadir ke kongres tersebut, malah turut mengundi pada pemilihan CEC parti itu.

“Bagi cawangan Ladang Paroi, dua wakil hadir iaitu David Dass dan Mahendran a/l Krishnan. Manakala, Kogilawani a/p Supermanian (Desa Skudai), dan Richard Francis (Desa Dahlia) juga hadir kongres tersebut,” jelas Anthony, sekaligus menafikan dakwaan mereka tidak menerima notis kongres tersebut.

Selain kesal dengan tindakan David yang membuat aduan kepada ROS, sedangkan beliau hadir ke kongres tersebut malah mengundi, Anthony berkata parti akan merujuk  David ke Lembaga Disiplin parti.

“David ini saya kenal. Masa kongres buat kecoh ketika pendaftaran, check-in hotel sebelum masanya, sampai sekarang tidak bayar. Kemudian, tiba-tiba buat aduan pada ROS. Tidak apalah yang itu, isunya dia hadir dan turut mengundi pada hari tersebut,” tegas beliau.

Justeru, Anthony berkata pihaknya mengesyaki ROS mempunyai agenda politik untuk menggagalkan kesahihan pemilihan CEC sebelum ini.

Bagaimanapun, Anthony berkata pihaknya tetap menjawab surat yang diberikan semalam, berserta dokumen dan bukti yang diminta ROS sebelum tempoh yang ditetapkan.

Dalam surat tersebut, pihak ROS memohon DAP untuk membekalkan dokumen yang diminta sebelum 4 Jun 2013 akan datang.

ur

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s