Undang-Undang Malaysia: Berdepan 10 Tahun Penjara Kerana Sebungkus Milo.

Image

Undang-undang di Malaysia curi sebungkus milo berdepan 10 tahun penjara,yang rasuah pecah amanah,curi berbilion ringgit cuma 12 bulan penjara kahkahkah…..Aku bukan nak pertikaikan atau membela si pencuri ni,Tetapi adilkah kerana sebungkus milo beliau berdepan dengan 10 tahun penjara..Undang-undang apa ni?MS2

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!

Pakatan Rakyat Tikam Belakang?

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim mendakwa Pakatan Rakyat “menikam” parti itu daripada belakang pada pilihan raya umum lalu sekalipun berpandangan gabungan itu bukan musuh utama mereka.

“Benar, kita tetap bermasalah apabila kawan sendiri membelot dan menikam kita dari belakang kerana pada hemat kami mereka ini bukanlah musuh utama.

“Namun kita tetap dilanyak dan kita cuba bertolak ansur dengan harapan dapat bersatu.

“Walhal kalau mengikut sejarah perjuangan PSM, kita tidak gentar menghadapi musuh utama, sanggup kena pukul dipenjara dan diheret ke mahkamah. Masih bangun melawan,” katanya dalam ucapan dasarnya sempena kongres parti itu di Kuala Lumpur semalam.

Sambil menyifatkan hubungan PSM dengan Pakatan “kucar kacir” semasa pilihan raya umum lalu, Dr Nasir bagaimanapun berkata pada masa lain mereka bersatu membanteras ketidakadilan dan salah guna kuasa.

Menurutnya, parti itu “diasak, dimungkiri janji, lembab menangani masalah parti dan mementingkan kedudukan masing-masing” ekoran tiada kekuatan keahlian dan sokongan sekali gus mengharap Pakatan meraih kejayaan dalam pilihan raya.

“Namun begitu, sebagai kawan Pakatan, kita sanggup bertolak ansur bagi memudahkan Pakatan menuju ke Putrajaya. Malangnya tindakan ini dipandang remeh dan dianggapkan satu kelemahan.

“Akibat daripada tindakan Pakatan yang lekehkan semangat setia kawan ini, ramai kawan NGO, mahasiswa, individu bersimpati dan menawarkan bantuan material dan meluangkan masa menyertai ceramah-ceramah semasa pilihan raya,” katanya.

Serah DUN atas ‘dulang emas’

Sehubungan itu, Dr Nasir menegaskan pihaknya ingin mengkaji semula hubungan dengan Pakatan ekoran dakwaan sabotaj yang dilakukan terhadap calon mereka pada pilihan raya umum lalu.

“Apabila calon Pakatan kalah dalam pilihan raya, maka timbullah tohmahan baharu bahawa PSM tidak membantu. Mereka tidak sebut langsung tentang sabotaj yang mereka lakukan secara terbuka dan bersekongkol (senyap) menentang calon PSM menjelang pilihan raya.

“Maka saingan satu lawan satu menjadi saingan banyak penjuru dan berpecahlah undi, memberi kemenangan mudah kepada pihak musuh. Justeru itu tidak hairanlah sekiranya PSM ingin mengkaji semula hubungannya dengan Pakatan,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau mengulas bagaimana Pakatan khususnya PAS yang didakwa mengeksploitasikan keadaan “bersendirian” mereka dalam pilihan raya umum lalu seperti yang berlaku di Kota Damansara.

“PAS penuh yakin boleh menang apabila dapat sokongan sebahagian daripada PKR dan Umno. Namun mereka tidak berjaya menang tetapi berjaya memecah undi dan menyerah DUN Kota Damansara ke Umno di atas dulang emas.

“Begitulah, mereka menang sorak tetapi kampung halaman tergadai. DUN Semenyih dan DUN Jelapang juga mengalami cerita yang agak sama iaitu kita diserang dan disabotaj oleh rakan-rakan dari Pakatan. Apakah iktibar kita dalam kesemuanya ini?” katanya.SUMBER

Pembahasan Titah Raja Oleh DSAI Di Parlimen Panas[Kena Saksikan Tak Keluar RTM TV3]

Nazri Aziz Sekolahkan KM Melaka…

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan bahawa laluan kenderaan di sekitar Jonker Walk, Melaka, akan terus ditutup pada hujung minggu agar tidak mengganggu operasi pasar malam di situ.

Menurutnya, pasar malam Jonker Walk adalah tarikan pelancong utama di negeri Melaka dan langkah membuka jalan bagi laluan kenderaan di sekitarnya akan mengganggu kehadiran pelancong dan pengunjung yang berjalan kaki.

NONE“Melaka ini tak ada apa-apa, ada pelancongan sahaja. Di mana-mana pun orang pergi, orang dah kenal Jonker Walk ini.

“Kalau kita buka Jonker Walk (kepada kenderaan), kereta dah boleh lalu, (jadi) pelancong dah tak datang nanti, jangan salahkan orang lainlah,” kata Nazri pada sidang media petang tadi.

Beliau juga berkata, alasan kerajaan negeri untuk membuka semula jalan berkenaan juga bukan satu pertimbangan yang wajar.

Walhal, jalan tersebut ditutup pada setiap hujung minggu sejak 13 tahun lalu, katanya.

“Saya harap ketua menteri akan mengkaji perkara ini dan saya berjanji akan pastikan pada akhirnya, jalan itu akan ditutup pada hujung minggu.

“Kalau kita buka untuk kereta lalu lalang, ia dah tak jadi Jonker Walk, ia mungkin akan jadi Jonker Highway,” katanya lagi.

Kemelut Jonker Walk bermula apabila ADUN Kesidang, Chin Choong Seong pada minggu lalu mendakwa Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menutup pasar malam itu sebagai balasan kepada orang Cina yang mengundi Pakatan Rakyat di negeri itu.

Bagaimana pun, Idris kemudian berkata kenyataan beliau disalah tafsir kerana beliau hanya mengarahkan agar jalan yang menjadi tapak pasar malam itu dibuka semula kepada kenderaan.

Kenyataan itu bagaimanapun berbeza dengan satu pekeliling yang diterima jawatankuasa penjaja di situ yang melarang mereka daripada berniaga atau menjaja di kawasan tersebut.

Nazri pada hari Selasa lalu menjelaskan, penutupan pasar malam tersebut bukanlah satu pembalasan kepada masyarakat Cina namun tetap menggesa agar kerajaan Melaka mengkaji semula keputusan tersebut.mk

Dah Mula Dah Isu Calon Di Bangkitkan…

Image

Dah mula balik episod calon,Yang  PKR ni dok sibuk  nak bersuara  pasai apa, kalau kerusi tu dah peruntukan kepada PAS hangpa tak payah dok lompat lebih ,duduk diam dan bantu sudah lah,dan satu lagi pekuat  jentera PR tampung  yang mana belubang,tambah pada yang kurang bukan asyik nak berebut kerusi, sampai bila,?kan lebih baik hangpa duduk berbincang dan kuat kan jentera Parti dan pilihan raya agar Besut dapat di tawan,bukan asyik dok bincang pasai nak letak calon Parti mana yang lebih baik dan layak,Jadikan PRU13 sebagai  pengajaran apa jadi di Kota Damansara dan berberapa tempat lain..Ingat rakyat sedang perhati dan menilai hangpa kalau tentang meletak calon dan kerusi pun tak boleh nak bertolak ansur macam mana pulak sekiranya di beri peluang oleh ALLAH mentakbir Malaysia Hancus hoiii.!…PKR tak payahlah nak berebut dengan PAS,Besut ni dah jadi Kerusi PAS akur sudahlah lagi pun Terengganu ni kekuatan PAS amat baik dari segi jentera dan sokongan..Tersilap pecaturan PR kan terima padah di Dun Besut pikir baik-baik kepada hangpa jangan hanmpakan rakyat lagi kali ni..Jangan berjuang atas nama satu parti jadikan semangat PR sebagai kekuatan menentang UBN nanti di Besut tak kira siapa yang bertanding…PKR Terengganu sudah-sudahlah keluar kenyataan yang bakal merugikan PR,Sebaliknya belajar dari kesilapan dan bersatu menentang Umno BN pada PRK Besut nanti,Ingat kemenanggan di Dun Besut amat penting buat PR dan rakyat Terengganu amnya….

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI

Jingga13 Fariz Musa Buat Laporan Polis Terhadap Najib

 

Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung afidavit palsu dalam kes Fitnah II yang difailkan pada 21 dan 23 September 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam laporan itu, beliau menggesa polis menjalankan siasatan kerana Najib dalam afidavit berkenaan telah membuat kenyataan bersumpah menggunakan nama penuh sebagai ‘Najib bin Tun Hj. Abdul Razak’.

Manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga ada membuat afidavit pada 21 September 2011 dan menyatakan secara bersumpah juga bahawa nama penuh suami beliau ialah Najib dan bukan Mohd Najib.

Bagaimanapun menurut Fariz, semasa hari penamaan calon 20 April lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuhnya sebagai Mohd Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Pekan.

afidavitIni bercanggah dengan nama yang difailkannya dalam afidavit kes Fitnah II, yang kini di peringkat rayuan.

“Saya mempunyai sebab untuk mempercayai Pengerusi SPR sendiri telah mengetahui perkara ini sebelum hari penamaan calon dan boleh menjangka percanggahan berkaitan nama sebenar Najib akan berlaku,” kata Fariz kepada pemberita selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Beliau dalam laporannya turut merujuk dua artikel bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang disiarkan Free Malaysia Today – ‘Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib’ yang disiarkan pada 17 Jun lalu dan ‘Pencalonan Najib dalam PRU 13 ditolak?’ pada 15 April lalu.

Mat Zain dalam surat terbukanya berkata, kes sama pernah terjadi dalam sejarah undang-undang Malaysia apabila seorang wanita – Sharma Kumari Shukla dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setelah didapati bersalah membuat dua afidavit palsu berkaitan dengan nama penuh beliau.

“Najib tidak boleh mengatakan beliau tidak dinasihatkan berkaitan peraturan ini, memandangkan salah seorang peguam beliau yang menyediakan afidavit-afidavit tersebut, merupakan bekas Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan
kes Sharma Kumari dalam tahun 2000,” kata Mat Zain yang dipetik dari surat terbukanya itu.

Sehubungan itu, Fariz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, menggesa polis menyiasat Najib kerana dikatakan telah membuat afidavit palsu dalam perbicaraan kes Fitnah II dan dengan menggunakan nama berlainan semasa mengisi borang pencalonan PRU 13.

“Saya juga menggesa polis menyiasat tindakan Pengerusi SPR kerana cuba bersubahat dengan Najib menyorokkan maklumat penting, iaitu mengenai pembikinan afidavit palsu dan pencanggahan antara nama dalam afidavit dan nama dalam borang pencalonan, daripada pengetahuan calon lawan dan pengundi kawasan Pekan,” kata calon KEADILAN bagi Parlimen Pekan pada PRU lalu itu.KD

Lagi Pendedahan DSAI:Kerajaan Lulus Sukuk RM580 Juta Kepada Syed Mokhtar27

Kerajaan lulus sukuk RM580 juta kepada Syed Mokhtar

27 JUN: Kerajaan meluluskan sukuk berjumlah RM580 juta kepada syarikat milik ahli perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary, dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Suruhanjaya Security (Security Council) mengambil langkah pertama, dua hari selepas pilihan raya iaitu meluluskkan sukuk RM580 juta kepada syarikat atas permohonan Tan Seri Syed Mokhtar,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menyambung perbahasan menjunjung titah DYMM Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.smab

Namun, Anwar yang juga ahli parlimen Parmatang Pauh belum mendedahkan nama syarikat tersebut.

Tegas Anwar, tidak ada negara di dunia diberi kelulusan semudah itu kepada sebuah syarikat dan menguasai puluhan industri dan kepentingan strategik negara.

“Kalau ditegur, mereka (BN) bertanya, mengapa Permatang Pauh persoalkan anugerah kepada orang Melayu.

“Ini bukan isu orang Melayu, tetapi kerana ada unsur rasuah, penyelewengan dan penggondolan oleh syarikat kroni. Apakah ini sahaja Melayu yang dipelihara?, kata Anwar

Anwar turut mendedahkan kerajaan menganugerah lapangan minyak kepada tauke syarikat judi, Ananda Krishnan di Sarawak.

“Kelulusan kepada syarikat kroni ini diberi sejurus selepas pilihan raya umum ke-13,” kata Anwar merujuk laporan Sarawak Report.

SwakMenurut Sarawak Report, syarikat milik Ananda Krishnan, iaitu Pexco, syarikat bahagian minyak dan gas telah memulakan penjelajahan mukabumi laut (seismic survey) mulai 4 Mei lalu dan akan diteruskan dalam tempoh 80 hari.

Eksplorasi lapangan minyak tersebut melibatkan kawasan seluas 25,000 kilometer persegi, menjadikan ia pemilikan terbesar lapangan miyak oleh sesebuah syarikat di Malaysia.KD