N Dharmendran Mati Dipukul Dengan Objek Tumpul Ketika Dalam Tahanan Polis

Naib Presiden PKR, N.Surendran menunjukkan gambar kesan lebam badan Dhamendran yang mati dipukul dalam tahanan polis, di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini.
PKR mendakwa N Dharmendran mati dipukul dengan objek tumpul ketika dalam tahanan polis, bukan berpunca daripada penyakit semula jadi, dan mendakwa insiden itu disahkan pakar perubatan forensik.

Naib Presiden PKR, N Surendran mendakwa, berdasarkan laporan bedah siasat pakar perubatan forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng, kematian Dharmendran, 32, berpunca daripada pukulan yang menggunakan objek tumpul secara berterusan.

Surendran tidak menolak kemungkinan ketika insiden itu berlaku, mangsa berada dalam keadaan bergari dan berlutut di lantai.

“Bedah siasat hospital kerajaan itu mendapati mendiang mempunyai kesan lebam di seluruh badan akibat pukulan menggunakan objek tumpul.

Kematiannya bukan disebabkan penyakit semulajadi atau asma seperti yang dilaporkan polis sebelum ini,” katanya berdasarkan dokumen laporan bedah siasat yang diedarkan kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Surendran, yang juga peguam keluarga mendiang Dharmendran menegaskan, pihaknya kini boleh mendakwa pegawai polis terbabit sambil menyifatkan dokumen laporan bedah siasat itu sebagai bukti kukuh untuk dibawa ke mahkamah.

Laporan itu turut mendedahkan sebanyak 52 kesan kecederaan di seluruh tubuh mangsa termasuk kesan kecederaan akibat dawai kokot di kedua-dua cuping telinga mendiang.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya pegawai polis terbabit ditahan serta-merta memandangkan insiden itu dikategorikan sebagai kes jenayah berat.

Dharmendran meninggal dunia selepas ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur berikutan kejadian tembakan di Bandar Tun Razak pada 11 Mei lalu.SH

2 Komen

  1. When I originally commented I clicked the “Notify me when new comments are added” checkbox and now each time a comment is
    added I get three emails with the same comment. Is there any way you can remove people
    from that service? Bless you!

  2. Do you have a spam problem on this blog; I also am a blogger, and I
    was curious about your situation; many of us have developed some nice methods and we are looking to trade solutions with other folks, why not
    shoot me an email if interested.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s