Panas Hujung Minggu! MIC,MCA Menyalahkan Najib Kerana Mencalonkan Zulkifli Noordin Dan Ia Starategi Yang Lemah..

 

Pencalonan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin bertanding di Parlimen Shah Alam Shah dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu adalah satu strategi yang lemah, kata seorang ahli panel BN dalam satu forum malam tadi.

“Saya rasa jika Zulkifli tidak dicalonkan, BN akan dengan mudah memenangi 20 lagi kerusi Parlimen.
“Jika anda melihat demografi Kota Raja, Kapar, dan Shah Alam – semua kawasan yang berhampiran tempat Zulkifli bertanding – kita mempunyai penduduk India yang ramai,” kata timbalan Pengerusi jawatankuasa strategi MIC, Madhu Marimuthu.

Seorang lagi ahli panel – Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, bersetuju dengan Madhu, dan berkata pencalonan Zulkifli (kanan) merupakan satu keputusan yang lemah, sesuatu yang beliau tidak dapat fahami.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusannya adalah sesuatu yang baik untuk negara.

“Rakyat telah bersuara dan sekurang-kurangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kini boleh berkata, ‘Bukan saya tahu mahu mencuba, tetapi bukan ini yang rakyat mahu.’

Admin:
Najib nampaknya tak boleh nak menyangkal kenyataan dari parti kompenen BN MIC,MCA yang menyalahkan beliau pada pru13 yang baru berlalu kerana kegagalan Najib dalam mengatur Stratigi mengakibatkan MIC,MCA kehilangan banyak kerusi,Dengan meletakan calon rasis seperti Zulkifli Noordin yang menghina kaum India dan kepercayaan ugama mereka….Kepada MIC,MCA hangpa menangis air mata darah pun dah tak boleh nak buat apa kalau sebelum pru13 hangpa sekat dan bantah ok juga,Ni nasik dah jadi bubur …Kah,kah,kah baru hangpa ada akai,

Kepada MIC,MCA hangpa tunggu apa lagi tinggalkan BN biar depa tau dan sedar diri sikit…Suara hangpa dalam BN suara minoriti seperti mana yang di anggap Umno…Kalau tak,takan Najib boleh umum Zulkifli Noordin yang terang-terang menghina kaum lain sebagai calon BN dengan tanpa memikir sensetiviti kaum lain seperti India dan Cina yang berada di dalam kopenen BN sendiri suara hangpa tak di dengari terpencil….Slogan 1Malaysia cuma retorik,hakikatnya hampeh…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!

1 Komen

  1. Thank you for sharing your thoughts. I truly appreciate your efforts and I
    will be waiting for your next write ups thanks once again.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s