Bedah Siasat Jumlah Undi Yang Diperolehi Umno Dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13)

Umno menang pada kerusi di mana jumlah pengundi dalam kawasannya jauh lebih kecil berbanding jumlah pengundi dalam kawasan parti lawan.

Bedah siasat jumlah undi yang diperolehi Umno dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu mendapati prestasi Umno adalah lemah walaupun memenangi 88 kerusi Parlimen.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang membuat bedah siasat itu dalam blognya sakmongkol ak47 hari ini menulis, Umno bertanding dan menang pada kerusi di mana jumlah pengundi dalam kawasannya jauh lebih kecil berbanding jumlah pengundi dalam kawasan parti lawan.

Sekali gus beliau mempertikai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat kesimpulan bahawa prestasi Umno adalah lebih baik kerana memenangi 88 kerusi Parlimen berbanding 79 kerusi pada PRU-12.

Najib yang juga Presiden Umno mendakwa partinya muncul sebagai parti yang paling popular pasca PRU-13 selepas mencapai kemenangan itu.

Ariff Sabri mempertikai bagaimana Najib boleh sampai kepada kesimpulan tersebut sedangkan menurut perangkaaan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Umno mendapat 3.2 juta undi.

“Jumlah ahli Umno sahaja sudah melebihi 3.2 juta undi. Bagaimana Najib boleh dakwa sokongan orang Melayu kepada Umno meningkat?” soalnya.

Beliau membuat justifikasi ini dengan menyatakan bahawa PAS bertanding dalam kawasan di mana jumlah pengundi secara purata berjumlah 77,000 manakala Umno bertanding dalam kawasan di mana jumlah pengundi secara purata adalah 36,000.

“Maka jika kita lihat dari sudut ini, dengan membuat penyamarataan, nilai 88 kerusi Umno itu hanya 44 kerusi parlimen. Ini kerana dua kerusi yang dimenangi oleh Umno bersamaan dengan satu kerusi PAS.

“Dan nilai sebenar 21 kerusi yang dimenangi oleh PAS itu ialah 42 kerusi. Ini bererti PAS dengan mudah menjadi parti pilihan selain Umno,” jelasnya.

Demikian juga katanya dengan PKR di mana parti itu bertanding dalam kawasan di mana jumlah pengundinya secara purata ialah 75,000 dan menambah, “maka nilai sebenar 30 kerusi yang dimenangi oleh PKR ialah 60 kerusi. Jadi dimana letaknya kejayaan Umno?”

Tolak Umno

Menurut beliau lagi, dalam tahun 2008, Umno mendapat dua juta undi orang Melayu. Ketika itu jumlah pengundi Melayu ialah 5.7 juta.

Lebih ramai orang Melayu sejak 2008 sudah pun menolak Umno. Ertinya, ketika itu Umno hanya memperolehi 35% dari undi orang Melayu.

Untuk memberi gambaran yang lebih jelas Ariff Sabri menyoal, “berapa jumlah pengundi Melayu kali ini? Jika 70% dari 11.2 juta pengundi dalam PRU-13 ialah orang Melayu, maka jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta.

Katanya, jika semua undi yang di perolehi Umno semuanya pengundi Melayu, maka jumlahnya 3.2 juta. Tapi jumlah pengundi Melayu semuanya ialah 7.8 juta. Ini bererti 4.6 juta orang Melayu tidak menyokong Umno.

“Tapi kita tahu bukan semua 3.2 juta undi yang diperolehi Umno itu datang dari orang Melayu. Orang Cina dan India masih menyokong calun Umno.

“Katalah 15% sokongan untuk calun Umno datang dari pengundi bukan Melayu. Ertinya, pengundi Melayu yang menyokong Umno adalah sebanyak 85% atau 2.72 juta sahaja,” jelasnya.

Katanya, memandangkan pengundi Melayu ialah 7.8 juta dan Umno hanya dapat 2.7 juta pengundi Melayu ini bererti lima juta orang Melayu tidak menyokong Umno dalam PRU13.

“Jadi apalah yang hendak dibanggakan dengan 88 kerusi parlimen yang Umno dapat? Dan jika tidak percaya kepada Umno, apa lagi yang ditunggu?,” soalnya.FMT

1 Komen

  1. Hello, I desire to subscribe for this web site to obtain most recent updates,
    thus where can i do it please help.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s