Lim Guan Eng Cabar Polis Kemukakan Bukti Kukuh Mengenai Read Bean Army!

Lim Guan EngSetiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan pihaknya menaja tentera siber pembangkang yang dikenali Red Bean Army seperti yang didakwa media massa.

Beliau ketika ditemui berkata, DAP tidak mampu biayai kumpulan itu berikutan isu kesempitan wang dihadapi.

“Kami tidak pernah tubuhkan sebarang kumpulan dan ini salah satu lagi isu jahat yang cuba dimainkan lawan.

“Jika benar wujud kumpulan digembar-gemburkan, kami mohon polis kemukakan bukti kukuh supaya tindakan selanjutnya boleh diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas Perasmian Projek Naik Taraf Pasar Awam Sama Gagah di Permatang Pauh, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunah Mohd Sharif.

Kelmarin, media tempatan menyiarkan laporan pihak berkuasa diminta untuk memantau pergerakan kumpulan tentera penentang pembangkang supaya tidak menjejaskan keselamatan sekaligus memecahbelahkan masyarakat.

Dalam pada itu, seorang ahli perniagaan dari Taiwan yang memilih Pulau Pinang untuk melabur turut dikaitkan sebagai penaja kumpulan terbabit.

Guan Eng berkata, isu itu hanya akan menakutkan pelabur melabur di Malaysia terutama di Pulau Pinang.

“Ia salah satu helah kerajaan pusat untuk menakut-nakutkan orang ramai selain membangkitkan sentimen perkauman dan isu tentera ini,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan Pusat perlu mengubah pendekatan dan menggunakan cara lain untuk menjatuhkan PR.SH

Admin:

RED BEAN ARMY cuma rekaan semata oleh puak yang tidak manpu menangkis ct PR kemudian di panaskan kononnya Read Bean Army ni di biayai oleh DAP LAWAK,LAWAK..Sampai bila Media dan cai Umno nak mewujudkan benda tidak wujud dan mensensasikan supaya rakyat percaya yang TENTERA SIBER READ BEAN ARMY  di upah oleh DAP!


DAP dan parti-parti lain dalam PR sememangnya mempunyai sumber kewanggan yang terhad macam mana nak membiayai sebegitu banyak …Polis tolong jangan jadi alat UBN dalam menanggani satu-satu cerita atau fitnah yang di lemparkan kepada PR sebaiknya selidik dulu tentang kesahihan satu-satu cerita sebelum bertindak lebih-lebih lagi sekiranya cerita yang datang dari Media pro UBN.

Munkin juga kita boleh katakan READ BEAN ARMY sebagai alat propaganda UBN yang juga di upah oleh UBN untuk memburukan nama PR seperti apa yang terjadi kepada satu laman FACEBOOK PEMUDA UMNO suatu ketika pernah mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan dan perkauman yang melampau..Senang dengan memohon maaf tutup kes

Jawaban ketua pemuda Umno KJ menafikanya Aku harap sapa-sapa yang terima maklumat dari UBN ni kena siasat dan pastikan dulu kalau tidak jadi macam KJ mula-mula nafi,dah tak boleh nak lari kantoi terpaksa mengaku mohon maaf..Bukankah sudah terbukti sebelum ini UBN lah dalang dalam setiap propaganda,Bagi mereka mudah menuduh orang lain sedangkan mereka yang lakukan,Sekiranya tertangkap pecah lubang dengan mudah settle MOHON MAAF tutup kes..

Kesimpulannya READ BEAN ARMY tidak wujud yang mewujudkanya adalah cai dan Media Umno,BN,tak keterlaluan sekiranya aku katakan READ BEAN ARMY di cipta dan di sensasikan untuk menutup kepincanggan dan kelemahan CT UBN untuk melawan serta mennangkis serangan CT PR yang hanya berkerja suka rela bukan kerana imbuhan seperti UBN 

Yang hanya boleh berfikir akan menolak segala fitnah dan cerita yang datang dari media UBN…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s