Apabila PAS Membela Islam,MCA kritik PAS,Di Mana Umno Yang Memperjuangkan Islam Dan Melayu Berdiam Diri membisu Seperti Setuju Dengan Kritikan MCA Kepada PAS Yang Membela Islam..

Bantahan PAS Segamat terhadap acara tarian gelek yang disifatkan lucah di sebuah pasar raya menggambarkan parti itu akan melaksanakan dasar “ultra konservatif” dan “mundur” di Johor jika menang dalam pilihan raya umum yang lalu di Johor.

Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee berkata, selaran oleh Yang Dipertua PAS Segamat Firdaus Masod juga membuktikan parti itu bersifat “autoritarian” terhadap nilai-nilai lain.

“Tarian gelek merupakan aktiviti yang sihat dan persembahan yang teaterikal,” kata Dr Lee.

“Oleh kerana PAS menganggap tarian gelek bertentangan terhadap apa yang dianggap mereka norma Malaysia, ini menunjukkan PAS tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang persembahan seni yang sihat.”

Harakahdaily semalam melaporkan, PAS Segamat membantah keras penganjuran tarian yang disifatkan separuh bogel oleh wanita yang dipercayai dibawa dari luar negara di sebuah pasar raya pada 1 Jun lalu.

Akhbar web PAS itu melaporkan, tarian itu disaksikan hampir 500 pengunjung yang membawa bersama mereka anak-anak kecil dan diadakan pula pada waktu puncak dan malam minggu.

“Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia,” Firdaus dipetik sebagai berkata dalam kenyataannya.

Harakahdaily juga melaporkan ramai pihak terkejut dan peniaga juga agak terkejut dengan hidangan yang dipersembahkan pada malam tersebut.

Isu yang sama turut dilaporkan sebuah harian berbahasa Melayu hari ini.mk

Admin:


MCA tak pernah lansung nak hormat dengan budaya melayu dan islam di Malaysia,Aku rasa cukup kurang ajar dengan menganjurkan program maksiat seumpama ini di tempat terbuka dan di khalayak ramai yang boleh di saksikan oleh semua kaum dan agama,

Tarian gelek@bogel pun boleh di anjurkan oleh MCA tapi jangan lah sampai dah hilang hormat kepada agama dan bangsa lain,Kalau dah syok sangat nak jamu mata tengok perempuan ni gelek buat la di tempat tertutup panggil saja puak hangpa MCA TENGOK !! tak payah terang-terang,Ajak Soi Lek tengok sekali…

MCA jangan sampai bersikap kurang ajar bila orang islam tegur mengikut pandangan dan ajaran islam melenting dan menuduh yang bukan-bukan,PAS selalunya kedepan dalam masalah ini menegur, dan jangan anggap apabila PAS menegur, PAS membawa islam kepada era mundur dan autoritarian, siapa yang bersikap autoritarian@kuku besi dalam kes ini kenapa PAS yang di tuduh..Kena faham yang besikap kuku besi atau autoritarian sebenarnya MCA sendiri yang tidak mengira dan hormat kepada sesetiviti kaum dan agama lain yang juga rakyat Malaysia terutama kaum majoriti Melayu islam…

Adakah dengan menengur sesuatu benda yang di lakukan dan melanggar  batasan kaum di anggap membawa kepada kemunduran..Kah.kah.kah..Aku nak bagitau di sini tak ada satu kaum pun yang akan bersetuju dengan MCA dan Umno dalam penganjuran program maksiat yang macam ni melainkan KAUM MCA DAN UMNO saja yang akan suka dan sokong.Aku kata macam tu sebabnya Umno tak lansung menengur MCA dalam penganjuran PROGRAM yang bersifat maksiat ini tentu la depa suka,Kalau tak tentu depa dah bersuara dan tegur..Umno kata mereka pejuangkan Melayu dan islam..Melayu mana dan islam mana yang Umno pertahankan..Kalau benda sekecil ni pun umno tak berani nak tegur,Tok-Tok Mufti.Ulamak Umno,terutama di Johor kenapa berdiam diri,Perkasa,Jati apa dah jadi?Sekurang-kurangnya sokong PAS dalam pekara ini itu pun tak berani ka,Atau hangpa semua di beri makan hanya untuk menghentam Guan Eng dan PR,apbila terlibat dengan MCA BN jadi syaitan bisu tak berani nak bersuara tunggu green light dari Tok Najib dan Kak Mah untuk bertindak…

MCA lu orang dah hampir pupus tak malu lagi ka nak bersuara..Rakyat Cina terbanyak menolak hangpa..Duduk diam-diam sudah…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s