Blackout 505: Padang Merbok Sebagai Tempat Perhimpunan 15 Jun

Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan perhimpunan “Black 505” untuk membantah pertuduhan penipuan Pilihan Raya 2013 di Padang Merbok selepas mendengar nasihat pihak berkuasa supaya tidak menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi, dedah pemimpin mereka hari ini.

Pengarah strategi PKR dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengatakan notis untuk mengadakan perhimpunan Sabtu depan pada pukul 2.00 petang telah dihantar kepada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini dan menjangkakan tiada tangkapan akan dibuat kerana ianya mengikut peruntukkan Akta Perhimpunan Aman (APA).

“Keputusan untuk mengadakan perhimpunan ‘Black 505’ di Padang Merbok mengambil kira nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tidak menggunakan Dataran Merdeka walaupun kami fikir ianya paling sesuai untuk rakyat berhimpun dan menyuarakan aspirasi mereka dalam tuntutan ‘Black 505,’” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini.

“Black 505” diwujudkan sebagai gerakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya berleluasa pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kuasa walaupun kehilangan undi popular.

Pembangkang dan pergerakan kumpulan-kumpulan hak asasi telah mengadakan beberapa perhimpunan di seluruh negara sejak 5 Mei lalu untuk menuntut reformasi pilihan raya, menggariskan tiga syarat-syarat utama dengan pertama adalah peletakan jawatan semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana kegagalan untuk memastikan Pilihan Raya 2013 bebas dan adil.

“Dan ahli-ahli interim baru SPR mesti dilantik melalui rundingan dan dipersetujui oleh PR, Bersih dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil yang lain,” kata Rafizi.

Dua tuntutan lain adalah pilihan raya diadakan semula di kerusi di mana keputusan dipertikaikan kerana penipuan dan menghentikan semua rancangan untuk meminda undang-undang pilihan raya, termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya, sehingga pelantikan barisan interim baru SPR dipersetujui oleh semua parti.

Rafizi berkata sekurang-kurangnya 30 kerusi perlu menjalani pilihan raya semula kerana terdapat kebarangkalian tinggi manipulasi undi dalam pilihan raya. PR telah memenangi 89 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) 133.

PR menjangkakan melihat kehadiran maksimum pada perhimpunan 15 Jun itu berikutan sambutan besar ditunjukkan dalam setiap protes “Black 505” yang menyaksikan kehadiran purata lebih daripada 10,000 pada setiap perhimpunan.TMI

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s