Inilah Habuan Rakyat Terengganu Dapat Selepas Mengundi BN Taniah !!!

 Setelah menang dengan majoriti tipis di Terengganu, kerajaan BN Terengganu bukannya memberikan air percuma untuk rakyatnya tetapi menambahkan beban mereka.

(Notis yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia tentang caj yang dikenakan)

 

Kali ini, semua pengguna air di Terengganu dikenakan caj 70 sen untuk setiap kali pengguna air di negeri itu membayar bil mereka di Pejabat Pos atau Pejabat Posmini.

Caj baru ini mula diperkenalkan mulai 1 Jun 2013, 25 hari selepas rakyat Terengganu khasnya penduduk luar bandar memilih Umno semula sebagai pemerintah negeri.

Maklumat caj baru ini dimaklumkan oleh Pos Malaysia melalui notis yang mereka berikan kepada pelanggan mereka.

“Pos Malaysia telah menerima notis pemberitahuan dari Syarikat Air Terengganu (Satu) bahawa mulai 01.06.2013 semua pelanggan Satu yang membuat bayaran di Pejabat Pos dan pejabat Posmini akan dikenakan caj komisen.

“Sehubungan dengan itu, caj komisen yang akan dikenakan adalah sebanyak  RM0.70. Sebarang pertanyaan berikutan dengan perkara ini boleh dirujuk kepada Syarikat Air Terengganu (Careline Satu 1-300-88-2111),” kata notis Pos Malaysia itu.

Dalam manifestonya menjelang pilihan raya umum ke 13, PAS Terengganu telah berjanji untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada semua rakyat Terengganu.

Namun BN tetap menang di Terengganu iaitu dengan kemenangan tipis 17 kerusi berbanding Pakatan 15 kerusi di Terengganu. Untuk kerusi Parlimen pula, PAS menang empat dan BN juga empat kerusi.

Air percuma telah dinikmati oleh rakyat Selangor sejak tahun 2008 apabila Pakatan menang di negeri ini.

BN Selangor juga berjanji akan memberikan air percuma di negeri itu jika menang PRU 13, namun hanya 20 liter padu sahaja iaitu kira-kira 15 botol air mineral bersais 1.5 liter setiap bulan.HD

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s