Identiti Individu Hina Nabi Dikenal Pasti

Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua
individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial Facebook dan
menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu memandang serius kes
penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan
yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.
“Saya ingin mengingatkan setiap pengguna Internet di negara ini bahawa mereka tidak akan
terlepas dari undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media
sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ianya boleh
mencetus provokasi di negara ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan jamuan rakyat di Felda Neram Satu, juga berkata
kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes-kes
sebelum ini termasuk yang menghina Yang di-Pertuan Agong. Kelmarin, dua akaun Facebook
menggunakan nama ‘Calvin Gani’ dan ‘Rakyat Anarki’ mencetuskan kemarahan umat Islam di
negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi.
Ditanya kemungkinan Malaysia menyekat akses media sosial seperti Facebook, Ahmad Shabery
berkata langkah itu tidak perlu buat masa ini kerana medium berkenaan juga mempunyai
kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak.
“Kita tidak akan mengharamkannya hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak
bertanggungjawab…cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka
menyalahgunakan penggunaan laman media sosial.
“Tetapi saya tidak menolak kemungkinan itu andainya terdapat penggunaan secara negatif
yang keterlaluan hingga mendatangkan rasa resah, gelisah dan kemarahan di kalangan
rakyat…..mungkin ketika itu kerajaan perlu menerima pandangan dan desakan dari pelbagai
pihak untuk melakukannya,” katanya. Antara negara yang mengharamkan akses Facebook
ialah China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan. — Bernama

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s