Pakatan Kekal Berhimpun Di Padang Merbok, Kata Rafizi

Rancangan untuk berhimpun di Padang Merbok kekal, kata
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli ( gambar ), walaupun Menteri Wilayah Persekutuan Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam menegaskan tiada kebenaran akan diberi kepada
pembangkang untuk berhimpun di lokasi itu.
Rafizi berkata kenyataan setiausaha agung
Umno itu tidak akan menghalang himpunan
tersebut daripada terus diadakan di Padang Merbok seperti yang dirancang.
“Setakat ini, rancangan berhimpun itu diteruskan,” kata Rafizi apabila dihubungi oleh The
Malaysian Insider hari ini.
“Kenyataan Tengku Adnan bukan penghalang,” tambah
beliau lagi.
Walau bagaimanapun, ahli Parlimen Pandan baru itu berkata mereka akan membuat beberapa
pertimbangan terhadap maklum balas dan konsultansi dengan pihak polis, tetapi mengulangi
pendirian lokasi asal dikekalkan.
“Kami akan mengambil berat tentang maklum balas dan konsultansi dengan PDRM setakat ini.
“Dan kami akan buat beberapa perubahan ke atas rancangan awal kami, tapi lokasi kekal di
Padang Merbok,” tambah Rafizi.
Semalam Tengku Adnan berkata tidak berniat menghalang pembangkang mengadakan
perhimpunan tetapi lokasi tidak sesuai memandangkan padang tersebut terletak ditempat
terbuka, sebaliknya menasihati pembangkang mengadakan ditempat tertutup di stadium atau
lain-lain.
“Kita benarkan mereka untuk adakan perhimpunan di tempat yang tertutup, saya dimaklumkan
oleh Datuk Bandar mereka juga minta memohon untuk menggunakan Padang Merbok.
Pakatan Rakyat telah menegaskan mereka akan tetap meneruskan perhimpunan di Padang
Merbok, Petaling Jaya walaupun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba
melengah-lengahkan himpunan tersebut dengan tidak memberi kebenaran untuk menggunakan
Padang Merbok.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata tindakan polis dan DBKL itu bercanggah dengan
Akta Perhimpunan Aman.
Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan telah menerima notis
pemberitahuan untuk mengadakan Perhimpunan Black 505 Kuala Lumpur daripada penganjur
pada 15 Jun ini, tetapi notis tersebut “tidak lengkap”.
Menurut Khalid, penganjur gagal mendapatkan kebenaran daripada pengurusan Padang Merbok
tempat yang dimaksudkan mereka, iaitu DBKL.
“Mereka menghantar notis itu kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, malangnya notis itu
tidak lengkap.
“Menurut ketetapan PAA, penganjur yang memberi notis kepada pihak polis juga perlu
mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan tempat yang mereka mahu mengadakan
perhimpunan,” kata Khalid yang dipetik dalam MStar.
Selepas berakhir keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, pembangkang PR telah mengadakan jelajah
himpunan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihan raya yang
didakwa mereka penuh penipuan dan tidak adil, ribuan orang ramai hadir bagi memberikan
sokongan dalam setiap perhimpunan yang mereka anjurkan.
Perhimpunan terbaru yang selesai diadakan adalah di Dataran Petaling Jaya pada 25 Mei lalu
yang menyaksikan ribuan orang ramai membanjiri padang dengan memakai baju hitam sebagai
tanda protes ke atas keputusan pilihan raya lalu.
Perhimpunan membantah keputusan pilihan raya PR dikenali sebagai “Black 505”, ia
diwujudkan sebagai gerakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya berleluasa pada
pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) terus
mengekalkan kuasa walaupun kehilangan undi popular.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s