Poster UAI Buat UBN Sawan….

Punyala teruk puak-puak Umno ni sampai gambar dan poster ni pun nak di buat isu,sehingga fail petisyen PRU..Apa yang aku tengok tak ada salahnya pun apa yang tertera di gambar dan poster tu,cuma menasihat atau menengah dari menjatuhkan Kerajaan Islam serta haram hukumnya…Tak ada pun di sebut PAS atau Umno dekat poster tersebut..Munkin kat kotak kecik kat bawah tu ada logo pangkah PAS tu yang jadi sawan kot..Jangan kerana kotak pangkah PAS   kat tepi poster tu terus buat tuduhan yang bukan-bukan..

Umno jangan cepat melompat kelupuq munkin ayat itu di tujukan kepada UBN SEBAGAI KERAJAAN ISLAM di Malaysia ,kah,kah,kah sory [tergelak] atau pun Ustz maksudkan negara lain jangan cepat sangat buruk sangka pada ulamak..Kalau pun nak failkan petisyen biarlah kuat sikit..Kalau sekiranya poster atau bahan iklan yang menggunakan gambar UIA dah menjadi kesalahan Kerajaan UBN..Aku rasa UBN lag teruk segala Media hangpa pakai siang malam asyik burukan PR sehinggakan bubar Parlimen masih lagi menggunakan RTM,TV3 sehinggakan ke hari mengundi SPR pula menutup mata hangpa buat macam harta mak bapak hangpa sapa pun tak kata apa..Gambar Ulamak sekadar poster pun dah melupuq apa punya Tuu’rrr….Papar gambar ulamak pun dah menjadi satu kesalahan buat Umno BN,Apa nak jadi ni?

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!!

Poster Ustaz Azhar Idrus Dorong BN Fail Petisyen PRU

“Pengaruh tidak wajar” dua pendakwah menjadi faktor BN Kelantan memfailkan lima petisyen membantah keputusan pilihan raya di Kelantan.

Lima petisyen itu melibatkan kerusi parlimen Bachok, dan dewan undangan negeri Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai dan difailkan menerusi Tetuan Mohd Ilyas and Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa PAS menggunakan poster dengan wajah dua pendakwah terkenal, Azhar Idrus dan Zahazan Muhammad dalam kempen pilihan raya mereka yang lalu bagi menarik pengundi.

“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.

“Ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar,” katanya seperti dilaporkanSinar Harian.

Menurut Azli, PAS menggunakan poster dengan wajah Azhar Idrus dengan tulisan “haram menjatuhkan kerajaan Islam”.

BN dilaporkan akhbar sama akan turut memfokus kepada dakwaan sogokan wang dan 2,000 rumah yang dijanjikan calon PAS dan wakilnya sebagai alasan utama untuk mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan kemenangan.

BN sebelum ini mengumumkan telah memfailkan 21 petisyen pilihan raya dan Pakatan Rakyat pula memaklumkan akan memfailkan 36 petisyen.

Jumlah tersebut menjadikan pilihan raya lalu sebagai pilihan raya dengan paling banyak petisyen difailkan.mk

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s