Umno BN Dah Kantoi! Penipu Rupanya……..

PKR: Penafian Volkswagen, Peugeot malukan BN

Penafian beberapa syarikat pengeluar kereta bahawa mereka menurunkan harga kereta, sebagai sebahagian memenuhi janji pilihan raya BN, dilihat memalukan parti itu, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

NONEMenurut Nik Nazmi (kanan) lagi, ia sekali gus mendedahkan betapa terdesaknya parti pemerintah dalam berhadapan dengan kempen turunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat.

“Episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno-BN dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan,” kata Nik Nazmi dalam kenyataannya hari ini.

Pada 10 Jun lalu, akhbar Umno Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

NONEHarian itu juga melaporkan, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2007.

Bagaimanapun, Volkswagen dan Peugeot Malaysia di Facebook masing-masing, menjawab soalan pelayar Internet, menafikan perkara itu.

Volkswagen Malaysia menjelaskan, harga modelnya Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan dengan harga RM157,888.

Manakala Peugeot pula berkata, mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel itu. Menurut pengeluar kereta Perancis itu juga, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308.

“Setakat pengetahuan kami, tiada dasar berhubung sebarang harga baru,” jelas Peugeot Malaysia di Facebook lagi.

Kenyataan Dari KM PP Lim Guan Eng:
NONEUtusan berbohong apabila berkata kerajaan persekutuan memenuhi janji pilihan raya dengan menyediakan harga kereta lebih murah.” kata Lim dalam sidang media hari ini.

“Tetapi syarikat kereta akhirnya tampil menyangkal laporan itu,” katanya, merujuk kepada penafian Volkswagen dan Peugeot Malaysia di laman Facebook masing-masing.

“Ini sesuatu yang serius dan pihak berkuasa patut bertindak terhadap Utusan. Nampaknya kita tidak boleh percaya apa pun yang ditulisnya, barangkali yang boleh dipercayai hanya tarikh akhbar itu,” sindirnya.

Pada 10 Jun lalu, Utusan melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

NONEHarian itu juga melaporkan, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2007.

Volkswagen Malaysia menjelaskan, harga modelnya Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan dengan harga RM157,888.

Manakala Peugeot pula berkata, mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel itu. Menurut pengeluar kereta Perancis itu juga, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308.

“Setakat pengetahuan kami, tiada dasar berhubung sebarang harga baru,” jelas Peugeot Malaysia di Facebook lagi.mk

Admin:

Sampai bila la hangpa nak kena tipu dengan Utusan dan Umno!Sudah-sudahlah bagi yang masih percaya dengan utusan buka lah mata jadi cerdik sikit..Rakyat Malaysia ni semakin hari semakin di tipu oleh UBN pun masih tak sedar ..Yang di kg tok-tok Umno jaja habis Najib dan Umno dah tunai janji, harga kereta dah turun maklumat dari Utusan….kah.kah.kah…adakah Utusan akan keluarkan kenyataan penafian dari pengedar-pengedar kereta ternama ini atau sekadar mendiamkan diri dan terus menipu rakyat dengan cerita-cerita dongeng olahan Umno…Kita tunggu dan lihat….

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI

 

1 Komen

  1. Nice blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?
    A theme like yours with a few simple tweeks would really make my
    blog jump out. Please let me know where you got your design.
    Thanks a lot


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s