Dr Rani Menafikan Ada Rundingan Kerajaan Perpaduan Antara PAS Selangor Dan UBN..

Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu, kata Dr Rani Osman.

PETALING JAYA: Kepimpinan PAS Selangor mendakwa tidak mendapat maklumat mengenai usaha membentuk kerajaan kerjasama atau perpaduan dengan Umno di negeri itu, kata Dr Rani Osman.

“Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu…setakat yang saya tahu tidak ada.

Saya tidak tahu kalau rundingan dibuat dengan timbalan-timbalan saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Adun Meru menegaskan jika ada cadangan kerajasama, pihaknya akan merujuk kepada PAS Pusat untuk mendapat restu.

Beliau menambah, jika PAS membenarkan, rundingan atau kerajasama akan dilakukan.

Dr Rani berkata demikian ketika mengulas tuIisan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dalam blognya terdapat rundingan perpaduan Melayu d iantara parti PAS, PKR dan Umno di negeri Selangor dan Terengganu akan tetapi menemui kegagalan ekoran di pihak Barisan Nasional (BN), khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir.

Menurut bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times itu, di negeri Selangor, rundingan berlaku diantara ketiga-tiga parti itu disebabkan oleh permusuhan terbuka antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali daripada PKR.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula jelasnya dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno di Terengganu, kata Kadir dalam blognya.

Bagaimanapun, kepimpinan PAS Terengganu tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.FMT

Admin:

Aku harap pekara ni tak belaku kerana PAS adalah sebuah parti yang berpengalaman dan masak sangat dengan tendang terajang politik Malaysia..

Aku rasa sengaja di bangkitkan semula oleh  wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dalam blognya tentang perbincanggan Kerajaan perpaduan ini..Semua tahu sebelum ini hangat di perkatakan ada puak di dalam PAS yang berbincang dengan Umno BN untuk mewujudkan kerajaan perpaduan akhirnya telah kecundang dengan sendiri contohnya Hassan Ali Jati dan Nasaruddin telah pun di kenal pasti dan aku harap tiada lagi saki baki yang cuba mengadakan perbincanggan secara sulit…Kali ini apa yang di tulis di dalam Blog Datuk A Kadir Jasin, PKR juga ada yang terlibat dalam rundinggan kearah perpaduan ini…

Jangan jadi bodoh termakan dengan pujukan dan rayuan Umno BN kononnya perpaduan di atas nama Melayu..PAS dan PKR hangpa kena inggat melayu akan lebih terbela di bawah pentakbiran PR,tanpa Umno pun Melayu mampu di bela di bawah PR malah lebih baik berbanding Umno..Perpaduan yang di momokan oleh Umno bukan untuk kepentinggan Melayu tetapi demi kebelansunggan politik mereka..Kerana inilah perpaduan di atas nama Melayu di jaja  supaya orang melayu melihat Umno sanggup bersama musuh  politik mereka demi  menjaga kepentinggan orang melayu di Malaysia,dan Umno tau mereka sudah barang tentu tidak akan berjaya dalam penyatuan ini kerana PAS dan PKR tidak akan sesekali bersama dengan Umno,Oleh itu skrip dan drama perpaduan melayu di mainkan agar rakyat Malaysia melihat hanya Umno sahaja yang bersungguh dalam menjaga kepentinggan orang Melayu.Oleh itu PR jangan temakan tipu muslihat Umno BN ini mereka hanya bepura-pura apabila mereka lemah,

Tidak ada untungnya bersama Umno kerana mereka telah di tolak oleh rakyat dan kini PR menjadi pilihan terbanyak rakyat Malaysia, jadi PAS,PKR dan DAP  tak payah la dok layan dengan isu perpaduan ini kerana PR sendiri gandinggan terbaik dan telah ujud perpaduan di dalam gabunggan tiga parti ini jadi sama-samalah jaga Ukwah dalam PR serta saling kuat-menguatkan antara satu dengan yang lain,

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!

 

 

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s