Zahid Hamidi Disaran Bercuti Sehingga Dua Kes Memalukan BN Selesai

 

PLENTONG (JOHOR), 14 JUN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selesai.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, dua kes yang memalukan BN iaitu Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta iaitu melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman web beliau sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu.

Katanya, dalam video terbabit, beliau juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram beras.

Menurutnya, selain politik wang pada pilihan raya, Ahmad Zahid mengupah 24,000 “pekerja pilihan raya” sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Bagan Datoh hanya 34,670 pengundi dan jumlah undi yang diraih Ahmad Zahid sendiri hanya 17,176 undi – bererti lebih daripada seorang “pekerja pilihan raya” diperlukan beliau untuk memenangi satu undi dan perkara ini boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

“Saya bersetuju dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyatakan dalam surat terbuka bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memerintahkan Ahmad Zahid menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan tuduhan itu kukuh dan menimbulkan pertikaian mengapa polis gagal mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas kesalahan itu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Mengikut surat terbuka itu Mat Zain menyebut:

“PDRM tidak akan mampu meyakinkan orang ramai bahawa ia bersikap adil dan berpegang pada undang-undang jika ia gagal mengheret Zahid ke mahkamah, terutama ketika bekas ketuanya sendiri (bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor) telah dituduh atas kesalahan yang sama.

“PDRM akan kehilangan asas moralnya memandangkan ia tidak mampu menjustifikasi kegagalannya untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar undang-undang, jika ia tidak mampu mengambil tindakan terhadap Menterinya sendiri yang telah dinilai sebagai seorang penjenayah oleh mahkamah.” -Roketkini.com

Advertisements

1 Komen

  1. These buyers may not be able to move due to the requirement of having to sell a current home, have
    two more years until retirement or graduation from college, etc.
    It’s hard for potential customers to get back if they miss
    the entrance. This woman believed me though she called me a
    liar, because she and her husband were in the thick of it.
    So the rent to revenue ratio is a better gauge of success.

    Perhaps it’s time to start attending some reputable real estate seminars.
    If you shop around, you can get good deals
    on interest rates as well. On the other hand,
    they are suggested to be made use of only in the prescribed ranges so that they do not inhibit the action of
    other hormones. o Net lease: Opposed to a gross lease, this
    is where the tenant pays the rent plus a portion of the maintenance fees, insurance premiums and other operating expenses.
    She helped us get both dogs down off of the rock ledge
    and out of the woods. Mainly because they fear that it might cause damage to their furniture, leave flea infestations.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s