Najib Munkin Menerima Nasib Seperti Pak Lah

Dr Mahathir di kelihatan menunaikan janji untuk mengkritik Najib selepas PRU13. Beberapa minggu sebelum Pilihan Raya 2013 dalam satu sesi tertutup dengan ahli politik Umno Johor, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua orang bersatu di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN).

Bekas perdana menteri itu menegaskan, ini bukan masanya untuk bercakap soal kelemahan kepimpinan Najib atau tindakannya yang sering tidak menggerakkan polisi sehingga mendapat konsensus.

Akan tetapi pemimpin kanan Umno Johor mengatakan, Dr Mahathir memberitahu dengan jelas, sebaik sahaja pilihan raya berakhir, beliau akan bercakap dan mengkritik Najib secara terbuka jika perlu.

Ahli politk di Kedah juga mengatakan Dr Mahathir bercakap dengan nada sama mengenai Najib dalam pertemuan tertutup sebelum pilihan raya.

Dr Mahathir kelihatan menunaikan janjinya.

Selepas pilihan raya umum 5 Mei yang menggembalikan kuasa BN akan tetapi tidak membawa kembali majoriti dua pertiga atau kemenangan di Selangor atau Pulau Pinang, perdana menteri paling lama berkhidmat itu telah mengkritik strategi pilihan raya Najib, kelemahan penasihat Najib dan halatuju pentadbirannya.

Dr Mahathir juga memberitahu dengan jelas pertandingan jawatan tertinggi Umno seharusnya diadakan, mengatakan ia akan menunjukkan kepada rakyat Malaysia demokrasi masih lagi hidup dalam parti nasionalis Melayu itu.

Setakat ini, Dr Mahathir masih belum lagi bercakap secara terbuka tentang Najib akan tetapi telah melakukan dalam perjumpaan tertutup dengan eksekutif kewangan dan ahli politik serta dalam surat-menyurat.

Beliau juga mengulangi keperluan untuk pertandingan bagi jawatan presiden Umno di perjumpaan dengan pengurus-pengurus dana di Kuala Lumpur semalam.

Penulis blog pro Umno – menyokong bekas perdana menteri itu telah menyelar ahli-ahli politik yang menggesa tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti, jika di sokong oleh majlis tertinggi parti akan menyaksikan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Seorang penulis blog menjalankan tinjauan atas talian sama ada Najib harus kekal sebagai presiden Umno, dengan 75 peratus daripada responden setakat ini tidak menyokong Najib.

Walaupun tidak lagi aktif dalam Umno atau memegang sebarang jawatan, Dr Mahathir terus mendapat sokongan dalam parti dan pernah mengetuai gerakan untuk mendesak peletakan jawatan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum 2008.

Masih belum terdapat bukti beliau mahu menyingkirkan Najib akan tetapi terdapat meklumat mengatakan Dr Mahathir mahu memberikan lebih banyak input untuk polisi dan pembuatan keputusan peringkat tertinggi dan menubuhkan badan penasihat ekonomi.TMI

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s