Pemimpin Contoh Yang Berjiwa Rakyat

Sehingga jam 3 pagi ini, pasukan penyelamat belum dapat mengesan mayat Lim Chin Aik, yang dipercayai terperangkap di bawah lubang sedalam lima meter akibat dihempap penebat kilat yang jatuh dari atas bangunan ibupejabat Umno Pulau Pinang di Jalan Macalister Khamis lalu.

NONEPasukan itu berharap dapat menemui mayat mangsa, selepas
bahagian-bahagian kereta, yang disahkan sebagai kereta Honda City milik Chin Aik – nombor casis, tayar, enjin dan bumper – ditemui di dalam lubang tersebut yang dipenuhi lumpur dan air dari paip kumbahan bawah tanah yang pecah.

Anggota bomba dan penyelamat, petugas Perbadanan Air Pulau Pinang (PBA) dan Indah Water Konsortium turut dipanggil untuk membantu membersihkan sisa dan menggali mayat lelaki berusia 44 tahun itu.

Dua kren digunakan untuk menggali lebih dalam dan pada masa yang sama, – air kumbahan terus membanjiri lubang lima meter, dan melambat kerja-kerja tersebut.

NONESejak pukul 6 petang semalam, keluarga Chin Aik – isterinya, Lee Chai Song, dan ibu bapanya – menunggu di tempat tersebut dengan harapan mayat mangsa akan ditemui.

Pada jam 10.30 malam, Ketua Menteri Lim Guan Eng datang ke
situ dan bertemu dengan keluarga Chin Aik untuk memujuk mereka supaya pulang dahulu dan menyerahkan tugas mencari mayat Chin Aik kepada anggota pasukan penyelamat.

Lim berkata keluarga tersebut bimbang sekiranya mereka meninggalkan kawasan itu, kerja-kerja mengesan mayat Chin Aik akan dihentikan dan mayatnya tidak ditemui.

NONE“Kita semua keletihan selepas sehari suntuk. Kami rasa mungkin Chin Aik tidak tertimbus dalam lubang tersebut, tetapi kita
memberi mereka jaminan bahawa kita akan terus mencari mayatnya,” kata Lim kepada pemberita selepas bercakap dengan saudara mara Chin Aik.

“Saya menasihatkan mereka supaya pulang ke rumah dan berehat. Saya telah mengarahkan pasukan penyelamat supaya meneruskan kerja untuk menggali sebahagian daripada struktur (dari penebat kilat) yang jatuh ke dalam lubang tersebut,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s