Exco Kerajaan Negeri Selangor Dari DAP Lebih Cerdik Berbanding MCA Dan Umno Selangor

Lawan Maksiat Dengan Rumah Urut Ikut Jantina

 

 

Sebagai exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, Datuk Teng Chang Khim yang baru dilantik ke jawatan itu mempunyai banyak kerja daripada aduan kutipan sampah sehinggalah kepada dakwaan bercambahnya kegiatan maksiat di negeri itu.

Dakwaan rumah urut yang tumbuh bagai cendawan sentiasa menjadi isu hangat, yang turut menguji pendahulunya sebelum ini Ronnie Liu.

NONEBerhadapan dengan isu yang menjadi peluru BN untuk lima tahun sebelum ini, Teng kini memikirkan pendekatan lembut yang juga kontroversi – pengasingan jantina.

Walaupun idea itu masih di peringkat perbincangan, Teng memberitahuMalaysiakini bahawa mengetatkan undang-undang dengan menetapkan pengurut lelaki untuk pelanggan lelaki – dan sebaliknya – boleh membendung kejadian pelacuran.

Dengan perkara itu, kerajaan negeri dapat membendung isu itu tanpa menghukum pelanggan sebenar kerana aktiviti mengurut sebahagian daripada cara tradisi Asean untuk penyembuhan.

“Saya ada idea ini… untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki. 

“Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s