Pengerusi SPR Kecewa…

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf mengakui beliau kecewa dan sedih berhubung penggunaan dakwat kekal yang boleh dibersihkan dengan mudah dalam pilihan raya umum ke-13. 

“Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” katanya dalam tembual eksklusif dengan Sinar Harian yang disiarkan hari ini. 

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata, isu dakwat kekal itu tidak boleh digunakan untuk menuduh SPR membenarkan pengundi mengundi lebih daripada sekali atau melakukan penipuan dalam pilihan raya umum.

Abdul Aziz mendakwa kaedah itu – yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) – itu telah diuji beberapa kali sebelum dilaksanakan pada 5 Mei lalu. 

“Tetapi pada hari yang ditunggu-tunggu kuasa Allah lebih hebat apabila dakwat boleh hilang selepas beberapa kali dicuci, di mana silapnya? 

“Memang sedih tapi kita tidak berdiam diri. Kita tubuhkan pasukan khas, yang dipengerusikan Datuk Christopher Wan Soo Kee dibantu dua ahli panel lain iaitu Datuk Md Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin,” katanya seperti dipetik akhbar harian itu. 

Menurut Abdul Aziz berkata pasukan khas itu akan mengkaji di mana silapnya dakwat kekal itu dalam tempoh sebulan termasuk ramuan, cara penggunaan, cara pengangkutan, cara penyimpanan, adakah simpan di dalam lokap memungkinkan udara yang panas boleh menjejaskan dakwat tersebut. 

Abdul Aziz juga berkata beliau menemui seorang pengeluar dakwat kekal dari Kanada dan beliau diberitahu bahawa dakwat yang digunakan di Afrika hanya boleh tanggal sekiranya kulit ditanggalkan atau kuku berganti baru hilang warnanya.mk

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s