Apa Lagi Yang Tun Mau?

Dr M: Kurangkan kebebasan untuk M’sia lebih baik

Rakyat Malaysia mesti belajar hidup dalam keadaan kurang kebebasan jika mahu membina Malaysia yang lebih baik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Kita mesti kurangkan sedikit kebebasan kita, kawal diri dan kawalan kendiri,” katanya dalam sebuah acara di Kuala Lumpur.

Katanya, terlalu banyak kebebasan menyebabkan lebih peluang untuk pihak tidak bertanggungjawab untuk menyalah guna dan mengeksploitasi kebebasan, yang menyebabkan ketidakstabilan.

Bercakap dalam sesi berkaitan politik Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13, Mahathir menyebut isu perkauman sensitif yang kerap dibangkitkan kebelakangan ini apabila undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri tiada lagi.mk

 

Admin:

Apa Lagi Yang Tun Mau?

Aku rasa Tun ni dah semakin teruk nyanyuk dia atau kurang makan ubat kot..Tiba-tiba keluar cadangan nak kurangkan kebebasan rakyat..Kalau pemimpin Umno BN takpa buat macammana pun bebas rakyat saja jangan…Tun dok perasan macam dia masih lagi PM Malaysia,

Woi Najib apa hang buat sampai tak berani nak tegur orang Tua tak sedaq diri ni suruh dia tutup mulut..

Cadangan Tun untuk menarik kebebasan rakyat atau menghadkan kebebasan bersuara di kalanggan rakyat adalah seperti mengembalikan undang=undang rimba yang di pratikan di zaman pentakbiran Tun,Dimana ramai pemimpin parti pembangkang yang di tangkap sekiranya mengkritik kerajaan ramai yang meringkuk di dalam penjara di bawah akta hasutan dan ISA sehinggakan DSAI juga mangsa dari pada undang-undang kuku besi yang di amalkan oleh Tun ketika itu,kebebasan rakyat  bersuara di hadkan dan rakyat di takutkan dengan bermacam-macam akta sekiranya rakyat cuba bangkit menenentang ketidakadilan dan keboborokan kerajaan ketika itu..

Kini Tun cuba mengembalikan undang-undang kuku besi Regim Tun Mahathir di era Kepimpinan Najib dengan memberi cadangan supaya di kurangkan kebebasan di Malaysia kononnya lebih baik!…Baik untuk siapa?..Untuk Kroni Umno BN rakyat dapat apa.

Apa saja yang di lakukan kerajaan Umno BN amnya rakyat tak boleh tegur..Bagi IC dan kerakyatan percuma kepada rakyat asing pun rakyat tak boleh nak tegur,harta anak bini berbillion rm di simpan di bank Yahudi rakyat tak boleh soal,anak Tun yang terlibat dengan kilang arak pun rakyat tak boleh nak kata apa…Rakyat di bisukan supaya Pemimpin bebas untuk berbuat apa saja kah,kah,kah ini bukan zamannya Tun, rakyat sekarang lebih berani dan cerdik berbanding di zaman Tun.

Rakyat akan tetap dan terus bangkit menentang regim BN  seterusnya menumbangkan UBN InsyaALLAH…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI

 

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s