PR Timbang Permohonan PSM

 
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 

 Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu yang ditolak Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail adalah keputusan individu.

Menurutnya, Saifuddin berbuat demikian setelah memikirkan mengenai PSM yang dilihat tidak dapat menerima dasar bersama PR.

Bagaimanapun, keputusan permohonan PSM untuk menyertai PR akan diputuskan pada mesyuarat bersama Majlis Tertinggi Pimpinan PR akan datang.

“Dalam mesyuarat tadi kita putuskan akan bagi ruang, kerana keputusan belum dibuat, Saifuddin pun ada dalam mesyuarat tadi dia pun setuju.

“Kita akan mesyuarat semula dengan Majlis Tertinggi Pimpinan PR akan datang mengenai PSM.

“Kita belum putuskan mengenai permohonan PSM, kita bagi masa pada PSM untuk teliti dasar-dasar bersama yang diikuti Pas, DAP dan PKR,” katanya pada sidang media, di ibu pejabat Pas di sini, hari ini.

Pada PRU13 yang lalu, hubungan ‘kekeluargaan’ PR dan PSM dilihat goyah apabila berlaku pertindihan kerusi yang ditandingi gabungan itu.

Baru-baru ini dilaporkan PSM akan mengkaji semula hubungannya dengan PR selepas kalah dalam PRU13 ke dalam kongres tahunannya pada 28 Jun ini.SH

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s