Rakaman CCTV Menunjukkan Penebat Kilat Runtuh Betul-Betul Di Atas Kereta Honda City Hitam Milik Mangsa[Video]

Rakaman CCTV menunjukkan penebat kilat runtuh betul-betul di atas kereta Honda City hitam milik mangsa, Lim Chin Aik dalam kejadian ribut, di Jalan Macalister Road, 13 Jun lalu.
GEORGE TOWN: Bekas Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (cawangan utara) Lim Kok Khong berkata mayat Lim Chin Aik dipercayai terbenam sekurang-kurangnya sedalam 40 meter atau setinggi 13 tingkat bangunan di bawah tanah dan di bawah konkrit bertetulang dengan kepanjangan 30m.

Kok Khong berkata panjang konkrit penebat kilat ialah 38m dan ia telah memberi impak secara langsung terhadap bahagian tempat duduk pemandu.

“Ia betul-betul mengenai bahagian pemandu dan menyebabkan mangsa terbenam jauh ke dalam tanah,” kata Kok Khong.

“Dia akan terbunuh serta-merta.”

“Bayangkan sebatang pensil gergasi jatuh terbenam ke dalam tanah, suku di bahagian atas pecah dan memecahkan permukaan sekitarnya, manakala selebihnya tertanam di bawah tanah.

“Bahagian-bahagian kereta itu diseret turun pada kedalaman lapan hingga sembilan meter.

“Hanya 10 meter bahagian konkrit yang jatuh boleh dikenal pasti,” katanya.

“Selebihnya masih tertanam bersama mangsa.”

Kok Khong berkata kerja-kerja penggalian tidak dapat diteruskan melebihi 9 meter kerana keadaan tanah yang lemah dan ini boleh menjejaskan integriti struktur bangunan berdekatan.

1 Komen

  1. I have been surfing online more than three hours today,
    yet I never found any interesting article like
    yours. It is pretty worth enough for me. In my view, if all webmasters and
    bloggers made good content as you did, the internet will be much more useful than ever before.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s