Menteri UBN Miliki Ijazah Palsu?..Apa Ce!..

ADMIN

UBN ni dasar penipu sampai Ijazah pun nak kena beli,Kalau dah bodoh@bangang tu terima saja la tak payah nak belagak pandai.Ni baru dua orang yang di kenal pasti yang lain bakal menyusul kah kah,Patut pun Tun Mahathir Kutty kata Umno Bn ni dah tak ada yang cerdik pandai,Inilah sebabnya bukan dapat ijazah kerana cerdik dan lulus dalam  pelajaran tetapi mengunakan cara mudah jalan sonsang mendapatkan ijazah...Tu yang banyak cacamerba dalam Pentakbiran UBN orang bodoh dan yang bukan ahlinya di beri amanah untuk mentakbir mana tak lingkup””’Hangpa baca kat bawah ni!

DAP hari ini mendakwa dua menteri kabinet memiliki sijil ijazah yang palsu.

MP Serdang Ong Kian Ming mendakwa, kedua-dua menteri tersebut memperolehi ijazah dari “kilang ijazah” di Preston dan Wyoming, Amerika Syarikat.

“Adakah ini transformasi apabila ada dua menteri yang mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap  pembangunan modal insan dalam negara kita?

“Ia sangat mengecewakan kerana pada hari pertama Parlimen bersidang, rakyat Malaysia perlu menerima hakikat yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik dua menteri yang memiliki ijazah palsu daripada institusi yang menjadi pengilang ijazah,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Ong mendakwa, seorang dari menteri tersebut memiliki ijazah bacelor dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland), Teoranta dan ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Preston University.

Katanya, beliau tidak menemui apa-apa laman web yang dimiliki Chartered Institute of Business Administration Ireland.

Preston Universiti pula sememangnya dikenali sebagai universiti yang palsu, dakwanya.

Seorang lagi menteri berkenaan, dakwanya memiliki ijazah kedoktoran dalam pentadbiran perniagaan dari Golden State University di Wyoming.

Menteri tersebut juga memiliki ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Terbuka Komanwel yang berpusat di kepulauan Virgin, dalam jajahan Britain, dakwanya.

“Kedua-dua institusi ini disenaraikan sebagai universiti yang tidak tidak bertauliah dan ijazah yang tidah sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine,” katanya.

Sehubungan itu, Ong berkata, kedua-dua menteri tersebut perlu meletakkan jawatan bagi melindungi integriti dan kredibiliti kabinet yang diketuai oleh Najib.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s