Tun Mahathir Kata Umno Dah Tak Ada Kualiti?

PUTRAJAYA: “Kalau pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad  dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet Sabtu lalu di pejabatnya.“Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti,” tambahnya.Bagi beliau, ahli Umno sudah tidak berkualiti lagi,apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam Umno.“Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa baru lah diluluskan, begitu seterusnya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semuanya tidak berkelayakan.“Orang-orang  yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin Umno ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan,” ujarnya.“Dulu waktu saya jadi Presiden,  MT Umno berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa,” katanya. Bagi beliau, kerosakan Umno bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin Umno, dan kemudian Datuk Seri Najib gagal memperbetulkannya menjadikan keadaan bertambah buruk.“Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang Cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk Cina, ini sudah pun berlaku sekarang.“Lihat sahaja isu EC (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak  begitu kuat begitu jugalah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan,” katanya.“DS Najib nak jadi ‘BRAND’ dan juga slogan ‘1Malaysia’ kerana dia fikir nama Umno sudah tidak bagus lagi,” dakwa Mahathir.Bagi  beliau, 1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain.Pada orang Cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan Cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah Cina dan sebagainya.“Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang didengar oleh pemimpin,” getus Mahathir.“Pemuda Umno sekarang  tidak semacam dulu,” ujar Tun Mahathir.Ini amat ketara kerana Pemuda Umno ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu. “Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam,” katanya lagi.“Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya,” jelas Tun Mahathir. “Saya di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantaranya  mencadangkan DS Najib di langgar (dalam pemilihan parti),” tambahnya.Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengannya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang Cina.Malah mereka ini sangat di layan dengan istimewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya.Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan, tambahnya.Tentu sekali pemimpin Umno bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.Tun Mahathir juga turut menyatakan bahawa apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu.Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada.“Adakah sebarang kontrak orang Cina akan serah kepada Melayu?” tanya Tun Mahathir.  “Orang Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga tapi malangnya apa yang dapat kepada orang Cina tidak pernah dapat kepada orang Melayu,” katanya.Tun juga memberi contoh antara institusi milik bukan orang Melayu dan apa yang dibuka oleh orang Melayu untuk bukan Melayu sebagai contoh.“Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada Umno dan DS Najib,” kata Tun lagi.“BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya,” kata Tun lagi.“Saya Ultra Malay tapi orang Cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka. Pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi,” kata Tun.“Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang Cina,”  ujarnya.Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, Ya saya akan kata saya rasis”.Dalam sesi dialog ini nama-nama tertentu dengan kedudukan tertentu juga disebut oleh Tun, tetapi kerana bertaraf “sulit” dan terlalu sensitif, maka tidak perlu di perjelaskan di sini.KelabCheDet juga telah diberitahu oleh  Tun tentang hal-hal keselamatan negara dan kedudukan politik individu Umno serta pendapatnya berkenaan tokoh-tokoh tertentu.Pertemuan di akhiri dengan pesanan dan arahan tertentu yang mana pastinya NGO seperti KCD akan berusaha keras untuk merealisasikannya demi kepentingan Alif Ba Ta.HD

Admin:
Memang betoi la kata orang tua-tua kain sendiri yang belemuih dengan taik tak nampak,tapi kain orang lain nampak pulak…Aku nak tanya apa betulka hujah Tun Mahathir tu,Di zaman sapa tokeh-tokeh cina kaya menjadi lebih kaya ,bodek-membodek,kroni dll di zaman sapa Tun?Tun Umno ni dari zaman Tun dah rosak tak boleh pakai belemuih dengan taik! Lagi pun selagi nama dia Umno biar pemimpin sebaik mana pun,pandai dan cerdik akan tetap rosak,Tau pasai apa?sebab Umno ni ibarat macam tong taik kalau tak terpalit pun,bau tetap ada..Tapi bagi aku kata-kata Tun Mahathir ni tak lebih dari lobi untuk menjahanamkan Najib bukankah pemilihan Umno dah dekat,Tu saja kalau nak cerita tentang teruk,kroni,fitnah,mengkayakan tokeh yang dah kaya diktator siapa lagi kalau bukan Tun M..Tun mudah lupa.

Blogger Sharpshooter Akan Ke Penjara!!

 Penulis blog Amizudin Ahmat gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah berhubung artikel yang memfitnah bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri (kini Tan Sri) Dr Rais Yatim.

Amizudin didapati bersalah menghina mahkamah pada 10 Ogos tahun lepas apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Rais.

Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi selepas menolak rayuan Amizudin.

Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah tidak dapat mencari sebarang kekhilafan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Amizudin, 43 dengan kesalahan menghina mahkamah.

“Perintah yang memaksa beliau dipenjara tiga bulan adalah tidak keterlaluan dan tidak mewajarkan campur tangan kami,” katanya yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Anantham Kasinater.

Bagaimanapun, Zaharah membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu permohonan penulis blog itu untuk kebenaran merayu perintah hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Beliau turut memerintahkan Amizudin memfailkan permohonan itu dalam tempoh dua minggu.

Katanya, jika Amizudin gagal berbuat demikian, beliau perlu hadir di Mahkamah Rayuan selepas tempoh itu berakhir untuk menjalani hukuman.

Panel itu menolak rayuan itu tanpa kos. Pada 21 Nov 2011, Rais, 71, diberi kebenaran memulakan prosiding komital terhadap Amizudin berhubung satu saman yang difailkan oleh beliau.

Rais menang dalam saman fitnah beliau terhadap penulis blog itu di Mahkamah Tinggi, yang pada 19 Julai 2011, memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 dan kos RM100,000 kepadanya.

Rais memfailkan saman itu pada 31 Jan 2011 terhadap Amizudin, yang juga anggota Jawatankuasa Belia Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung satu artikel
yang disiar dalam laman blog penulis itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau kira-kira 28 Dis 2010.

Mahkamah Rayuan turut mengekalkan jumlah ganti rugi yang diputuskan mahkamah sambil menyifatkan ia tidak begitu tinggi berdasarkan kedudukan sosial Rais.

Bagaimanapun, jumlah kos dikurangkan kepada RM50,000. Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala Amizudin oleh R.Sivarasa. – Bernama

Gempar Sebuah Sekolah Yang Menjadikan Tandas Sebagai Kantin Rupanya-Rupanya Guru Besar Dia Macai Dan Pecacai Umno BN..Apa! Tak Percaya [Baca La Haa]

TPM mahu insiden makan dalam tandas disiasat

Ibu bapa terkilan dengan tindakan pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh kerana didakwa menempatkan pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sekolah itu pada bulan Ramadan.

Celestina A/L Sokya, 40, dari Sarawak berkata beliau kesal dengan keputusan pihak sekolah itu dan tidak mahu lagi menghantar anaknya, Destiny Yeeling, 8, pelajar tahun dua untuk bersekolah di situ.

“Sebelum ini anak saya kata dia makan di tandas, saya ingat dia bergurau. Tidak sangka wajah anak saya ada dalam gambar yang disiarkan dalam Facebook hari ini mengenai pelajar bukan Islam makan di tandas,” katanya kepada pemberita ketika mengambil anak gadisnya pulang dari sekolah itu.

Beberapa gambar tersebar di laman sosial hari ini yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dakwaan pelajar di sebuah sekolah rendah mengenai keadaan itu.

Seorang suri rumah Rebecca Joseph, 32, berkata anak perempuannya Jessica James, 10, ada mengadu mengenai perkara itu dua hari lepas.

“Memang itu bilik persalinan, tetapi dalamnya ada dua bilik mandi, ada dua tandas. Macam mana sekolah boleh bagi mereka makan dalam tandas kan,” katanya.

Ayahnya, James Subramanian, 45, seorang pengawal keselamatan Indah Water, berkata beliau susah hati apabila dengar berita mengenai anaknya makan dalam tandas.

Seorang ibu, Jagteep Kaur, 34, berasa sangat sedih sebab dua anak lelakinya terpaksa makan di bilik persalinan itu iaitu Eekongkar Dilmarditl Singh, 9, dan Kuljeet Sing, 10, sejak seminggu lalu.

Eekongkar Dilmarditl berkata beliau diminta untuk makan di bilik persalinan kerana kantin sekolah sedang dibaiki.

“Saya sudah dua hari muntah-muntah dan diarahkan duduk situ kerana hujan. Kalau duduk di kantin nanti kotor,” katanya.

Sementara itu tinjauan Bernama untuk mendapatkan penjelasan daripada Guru Besar sekolah itu menemui jalan buntu apabila wartawan tidak dibenarkan masuk ke perkarangan sekolah.

Menurut sumber Kementerian Pendidikan, sekolah itu mempunyai dua sesi persekolahan, 74 guru, dengan 1,373 pelajar, iaitu 696 lelaki dan 677 perempuan.

Dua bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat seorang kerani hari ini terhadap guru besar sekolah itu. – Bernama

Rupanya-rupanya Guru Besar SK Seri Prestina yang jadikan Tandas sebsgai Kantin Macai dan Pecacai Umno BN

Lawak betul otak2 si Mazidul & gurubesar. Nampak sgt tak munasabah,disebabkan hanya nak tukar pintu kayu kantin kpd pintu kaca saja keseluruhan kantin ditutup. 
Bukannya melibatkan pengubahsuaian besar-besaran. 
Sekurang2 kawasan kantin yg tidak terlibat pengubahsuaian boleh dijadikan sebahagian tpt makan murid2… 
TERGAMAK gurubesar jadikan tpt persalinan sbg kantin. mcm lah takde bilik2 lain yg bersih… Janji Dicapati ~ sumber

Beberapa keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet hari ini.

Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar di SK Seri Pistana, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.

NONEIa menunjukkan pelajar duduk di meja makan yang terletak dalam kawasan bilik air sekolah tersebut.

Pihak sekolah didakwa mengarahkan murid-murid makan dalam bilik makan sementara itu yang terletak bersebelahan tandas.

Kantin sekolah juga didakwa ditutup dan dipercayai tidak menyediakan sebarang makanan sepanjang bulan Ramadan.

Sementara itu, timbalan menteri pelajaran P Kamalanathan dalam satu kenyataan petang ini menyebut, beliau telah meminta sekolah berkenaan untuk memindahkan kawasan makan sementara tersebut.

Tindakan tersebut sedang dijalankan pada masa ini, katanya lagi di Facebook.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihak sekolah tidak sepatutnya memindah kawasan makan ke bilik air.

Sekiranya kantin berkenaan ditutup untuk proses naiktaraf, satu kawasan yang lebih sesuai perlu dikenalpasti untuk dijadikan ruang makan, katanya.

“Ini bukan tindakan yang betul. Sekolah sepatutnya melantik satu pengendali kantin sementara untuk menjalankan operasi semasa Ramadan,” katanya lagi.

Siasatan ke atas kes berkenaan kini sedang berjalan untuk mengenalpasti jika sekolah tersebut tidak harus dikenakan tindakan, katanya.mk



Umno Tibai Umno! Abd Aziz Tak Ada Intergriti Dan Kredibiliti Untuk Terajui Tabung Haji Kata Ketua Pemuda Umno Ceras

Ketua pemuda Umno Ceras petikai serta menuduh Abd Aziz tak ada Intergriti dan Kredibiliti,Aku pun rasa betul juga dengan apa yang di katakan Pemuda Umno Ceras ni,Kelulusan pun tak seberapa masih boleh di pertikaikan  setakat SPM saja,Macamana boleh pegang jawatan CEO dalam Tabung Haji sedangkan ramai lagi yang layak dalam Umno dan mempunyai berbagai sijil dan ijazah dari Universiti luar dan dalam negara ada yang beli dan ada juga yang tak di iktiraf Kerajaan Malaysia punya la hebat orang-orang Umno ni kan kah,kah,kah….Ketua Umno Ceras kalau hang kata Abd Aziz tak ada Intigriti dan kredibiliti aku nak tanya macamana pula orang yang mencalon serta melantik Abd Aziz Najib Razak lagi la terukkan…..Tu pun orang Umno tak kisah dan sedar,sekiranya  Najib lantik dari kalanggan Ketua Bahagian Umno yang hanya ada kelulusan darjah enam pun aku ingat sapa pun tak berani nak kata apa..Kerana itu telah menjadi tradisi di dalam Umno dari dulu kini dan selamanya….budaya anguk dalam Umno.

Berikutan itu, pelantikan tersebut telah menimbulkan keresahan dan pertikaian masyarakat umum.

 Ahli Parlimen Baling,  Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim tidak  mempunyai intergriti dan kreKredibiliti untuk menjadi Pengerusi Tabung Haji, dakwa Ketua Pemuda Umno bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah.

Berikutan itu, pelantikan tersebut telah menimbulkan keresahan dan pertikaian masyarakat umum, mereka  mempersoalkan  Abdul Azeez  menerajui  Tabung Haji sebagai sebuah institusi yang berkait dengan urusan ibadat umat Islam, katanya.

“Rakyat keliru dan hairan, atas kriteria apa Perdana Menteri  boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan,” tegasnya.

Komen ini mungkin yang pertama dikeluarkan oleh seorang pemimpin Umno berhubung pelantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira sebulan lalu.

Syed Mehdhar berkata, Perdana Menteri Perdana Menteri sepatutnya mengambilkira pandangan dan teguran umum yang berpendapat adalah tidak munasabah melantik Ahli Parlimen Baling itu sebagai Pengerusi Tabung Haji.

Menurutnya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju TH tidak tersasar daripada matlamat asalnya.

Oleh sebab itu katanya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju Tabung Haji tidak tersasar daripada matlamat asal.

Syed Mehdar bimbang akibat daripada perlantikan Abdul Azez akan mencetuskan persepsi kurang baik rakyat terhadap pentadbiran Najib dan Umno.

Beliau meminta Perdana Menteri mengkaji semula kewajaran perlantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji.FMT

Datuk Sri Anwar:Kempen PRK Besut [saksikan]

Tuan Guru Haji Hadi:Jawatan MB Milik BN Sekiranya Seri 16-16 Di Terengganu

 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini.

Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

“Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia.

“Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang… Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama.

“Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu,” katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.Seterusnya Klik Sini

Pecah Berita! Datuk Calon Umno Besut Rupanya Pengasas PAS Kuala Besut

BESUT: Ayah calon BN, Ku Abdul Rahman Ku Abdullah mungkin menyembunyikan sesuatu apabila mendakwa kira-kira 3,000 keluarganya merupakan penyokong kuat Umno sejak dahulu lagi.

Sedangkan menurut warga emas di Kuala Besut, Ku Abdullah merupakan antara pengasas PAS.

Omar Sulong, 80 (gambar) dari Gertak Seratus turut memberitahu seorang sepupu Tengku Zaihan pernah bertanding atas tiket  PAS pada pilihan raya sebelum ini, namun kalah.

“Memang Ku Dollah kuat PAS. Pada musim pilihan raya dia akan membuka pos PAS di hadapan rumahnya. Dia orang kuat PAS sehingga akhir hayatnya,” katanya ketika ditemui di sini.

Malah menurutnya adik beradik Ku Dollah juga merupakan pendokong kuat PAS di Kuala Besut sehingga awal 1990-an.

Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Omar berkata, situasi bertukar selepas Ku Dollah meninggal dunia dan Ku Abdul Rahman pula mulai berjinak dengan Umno.

“Pakcik memang kenal rapat dengan keluarga calon BN. Ku Abdul Rahman pernah memberitahu belajar seketika di Pondok Bunut Payong dan sekolah agama di Kuala Besut.

“Dan selepas tamat belajar dia  mengajar di sekolah agama rakyat di Kuala Besut. Selepas beberapa tahun mengajar di situ tiba-tiba berpindah ke Kemaman kerana khabarnya ada masalah tertentu.

“Lama keluarga dia tinggal di Kemaman. Dan anaknya yang jadi calon BN sekarang juga membesar di sana, sebab itulah orang ramai di sini tidak kenal siapa Tengku Zaihan,” ujarnya.

Sebelum ini Ku Abdul Rahman pernah memberitahu mempunyai  keluarga yang ramai di Kuala Besut sebagai kelebihan yang ada pada anaknya berbanding calon PAS.

Bagaimanapun Yang Dipertua PAS  Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa sebahagian keluarga Ku Abdul Rahman memberi komitmen menyokong PAS pada Rabu ini.

Pakcik Omar juga memberitahu ketika Ku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Man pulang semula ke Kuala Besut, dia ada datang untuk menyewa rumahnya.

Katanya, dia memberitahu hendak menyewa rumah pakcik kerana ditawarkan menjadi imam di Surau Kuala Besar.

“Pakcik minta notis tidak menjawab lagi sama ada setuju atau tidak. Kemudian pakcik menanyakan betulkah ada ditawar jawatan imam kepada Ustaz Man, namun  pihak surau menafikan tiada tawaran dibuat,” katanya.

Selepas itu kata beliau Ustaz Man menumpang di taman perumahan di Kampung Gertak Seratus dan tinggal di sana sehingga sekarang.

Manakala penduduk di perumahan Gertak Seratus pula memberitahu ketika Ustaz Man mengajar di madrasah di kampung berkenaan, tidak ramai penduduk kampung yang datang.

“Sedangkan ketika ustaz lain mengajar, ramai pula ahli jemaah datang mendengar kuliahnya,” ujar beliau.

Kata pakcik Omar juga, Tengku Zaihan dilihat terpaksa menggunakan kedudukan ayahnya untuk meraih populariti, namun bagi warga emas di sini, sudah tahu siapa Ustaz Man sebenarnya.HD