Azmin Terlupa Atau Nak Menipu,Fakta PKR Tak Penah Bertanding Di Kuala Besut …

 PAS mendakwa isu parti mana dari Pakatan Rakyat yang lebih layak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Kuala Besut tidak berbangkit sama sekali.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, seperti amalan yang sudah difahami umum bahawa bila satu-satu kerusi menjadi kosong, maka ianya diserahkan kepada parti yang telah pun bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu.

“Parti mana yang bertanding pada PRK Kuala Besut tak sepatutnya menjadi polemik.

“Mengikut amalan yang difahami semua, calon yang akan bertanding adalah dari parti yang bertanding pada PRU sebelumnya, iaitu calon dari PAS,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail bahawa PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut.

Azan juga berkata, beliau yakin PAS akan pertimbangkan calon daripada PKR bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu.

Kenyataan Azan itu turut disokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mendakwa bahawa, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, fakta yang dikemukakan Azmin itu adalah tidak benar kerana PKR tidak pernah bertanding bagi kerusi Kuala Besut.

“Fakta Azmin tu tidak betul, PKR tidak pernah bertanding di Kuala Besut bila-bila sebelum ini.

“Pada tahun 1999 yang menang adalah calon PAS iaitu (Datuk) Nik Zawawi Salleh (Setiausaha Majlis Syura PAS),” katanya.HD

Admin:

Inilah perangai PKR tak habis-habis dengan sikap hipokrit sampai ketahap memutar belit fakta kononnya PKR pernah bertanding di Kuala Besut dan menang pada tahun 1999,KAH,KAH,KAH.cuma dalam mimpi Azmin Ali..PKR ni kalau boleh semua kerusi depa nak ambik sampai hak PAS pun cuba di di putar belit nak jadikan hak mereka…aku bukan nak kutuk PKR tetapi  segalanya di mulakan oleh puak-puak ni,sekiranya Besut Menang takpa kalau terjadi sebaliknya,mulalah ada suara sial akan menyalahkan PAS kononnya kawasan Besut harus di berikan kepada PKR,PAS tamak la itu dan ini akan di hempuk ke kepala PAS dan ada juga dari ahli sendiri pun akan menyalahkan PAS dan membela PKR…yang membela pulak bukan saja dari peringkat akar umbi tetapi keperingkat YB@MP PAS sendiri, haaa sekarang kenapa tak keluarkan kemyataan di mana suara yang  menghentam Presiden PAS dan pembela PSM Kota Damansara kononnya nak jadi hero kesepakatan PR dan sanggup menghentam Presiden dan memperkecilkan keputusan parti…Jangan jadi hero dalam gelanggang sendiri menghentam parti dan Presiden sendiri tetapi dayus tak ada teloq nak tegur PKR…..Kalau macamni la sikap yang di tunjukan oleh segelintir pemimpin tertinggi PKR sampai bila pun PR tak mampu menawan Putra Jaya…Aku hormati PAS, parti yang sangat bersederhana dan banyak sangat bertolak ansur dalam segala hal dalam kesepakatan gabungan tiga parti ia itu PAS,DAP,PKR sangat bertimbang rasa dalam segala hal….Walau pun PAS salah satu parti yang sangat besar keahliannya dalam ketiga gabungan PR dan juga lama serta sangat berpengalan dalam arena politik Malaysia tetapi tidak riak nk merampas kurusi itu dan kerusi ihi dari tangan kawan lain dalam PR kecuki ada sebab-sebab tertentu itu pun apabila kritikal….

Kes PRK besut ni aku harap Azmin dan PKR dapat terima kawasan dan kerusi itu milik PAS dan tak payah dok sibuk berebut kerusi serta buat kenyataan yang bakal memalukan diri dan parti…Sudah-sudah la fokus pada Pilihan Raya Kecil Besut dan pastikan PR menang bukan PAS atau PKR tetapi kemenangan PR…..

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI !

 

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s