Bapa Kesal Biasiswa Anak Ditamatkan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) Membisu…

Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan meminta Muhammad Syafiq Mohd Suhib tidak terlibat dengan aktiviti Persatuan Mubaligh Islam Negeri Sembilan. 

SEREMBAN: Seorang bapa, Mohd Suhib Abdullah, 48, kesal dan mendakwa biasiswa anaknya Muhammad Syafiq, 20 tahun yang ditaja oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) ditamatkan oleh Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan di Paroi, Seremban. Mohd Suhib berkata anaknya itu pelajar semester empat Sijil Pengajian Islam, sebuah institut milik Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Kota Bahru tertekan apabila biasiswa yang diterima sejak Januari 2012, ditamatkan. “Biasiswa ini ditaja oleh Mains sejak Januari 2012 apabila Muhammad Syafiq mula belajar di institut tersebut. “Selepas habis dua semester, anak saya pulang bercuti pada Disember tahun lepas. Oleh kerana saya tidak mahu beliau duduk di rumah sahaja dan merayau tak tentu pasal, saya menggalakkan anak saya terlibat dengan Persatuan Mubaligh Islam Negeri Sembilan iaitu sebuah NGO yang turut mendapat bantuan daripada Mains. “Saya dinasihatkan oleh Ketua Unit Kursus dan Latihan Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan di Paroi iaitu  Nirwan yang meminta agar anak saya tidak terlibat dengan aktiviti Persatuan Mubaligh Islam Negeri Sembilan. “Selepas itu saya berjumpa dengan seorang pegawai bernama  Zainal di Pusat Zakat yang memberitahu saya tidak salah anak saya terlibat dengan Peratuan Mubaligh Islam Negeri Sembilan. “Saya pun rasa tidak bersalah anak saya terlibat dengan Persatuan Mubaligh Islam Negeri Sembilan kerana NGO itu menjalankan aktiviti mendakwah kepada mualaf dan bukan Islam serta memberi kursus agama kepada golongan mualaf. “Anak saya kini berada di Seremban kerana cuti semester. Beliau sepatutnya masuk ke institut ini Isnin ini untuk semester keempat. Walaubagaimanapun beliau terima panggilan daripada rakan beliau dari institut mengatakan biasiswa beliau untuk semester keempat sudah dihentikan apabila semua pelajar menerima kecuali anak saya “Saya sudah meminta temujanji daripada Mains dan  Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan untuk membincangkan masalah ini  tetapi sehingga ke hari ini masih belum menerima sebarang temujanji atau penjelasan. “Justeru itu saya memohon jasa baik Setiausaha Mains, Ustaz Kamal Amran untuk campurtangan dan menyelesaikan kemelut ini,” kata Mohd Shuib. – FMT

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s