Agak-agak Ada Tak Mana-mana Calon Umno BN Ucapkan Perkataan Yang Macam Ni…

“Tak ambil elaun wakil rakyat jika menang PRK Kuala Besut”

KUALA BESUT, 13 JULAI: Calon Pas, Azlan @ Endot Yusof bercadang tidak mengambil elaun wakil rakyat sekiranya memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Sebaliknya, Azlan yang lebih mesra dikenali dengan nama Che Long akan menyerahkan semula elaun tersebut kepada penduduk Kuala Besut bagi tujuan kebajikan.Che_Long

“Insya Allah. Kalau ditakdirkan saya menang, saya akan menjadi wakil rakyat, bukannya menjadi wakil kerajaan,” kata Che Long dalam ceramah sulungnya di UPU Kampung Pantai, Kuala Besut malam tadi.

“Saya akan mengambil (berat masalah rakyat dan menguruskannya sebaik mungkin,” kata Che Long yang terkenal dengan sifat pemurah disenangi di kalangan penduduk Kuala Besut.

Rintihan penduduk Kuala Besut yang lama terpinggir akibat perbalahan politik dalaman Terengganu menyebabkan mereka perlu diwakili seseorang yang benar-benar mewakili kepentingan rakyat, bukan kepentingan peribadi.

“Sebab itu saya akan mendengar luahan hati rakyat dan berkhidmat sebaik mungkin,” katanya disambut laungan takbir kira-kira 300 hadirin.

Turut hadir ceramah malam tadi ialah Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat yang juga ahli parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Muhd Yusoff dan ADUN Chukai, Terengganu, Hanafiah Mat,KD

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s