Edisi Kantoi:Datuk Seri Bung Mokhtar Mengesahkan Bahawa Memang Wujud Kegiatan Ketua Umno Meminta Projek.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin hari ini secara berseloroh berkata, mana-mana ahli PKR yang tidak meminta sebarang projek merupakan seorang yang “dayus”.

Beliau yang bangun semasa Azmin Ali (PKR-Gombak) membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat tadi juga memberitahu bahawa di dalam Umno kini tiada lagi “kegiatan” memberi kontrak kepada ketua Umno bahagian.

Azmin dalam perbahasannya mendakwa bahawa, isu projek Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) bukan peruntukkan tambahan tetapi projek “mi segera” yang diberi oleh perdana menteri tanpa tender terbuka kepada ketua Umno bahagian menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Saya rasa Yang Berhormat sudah lama tinggalkan Umno sebab itu tak tahu perkembangan, kita pun marah dengan pimpinan sebab kita minta (projek) tak dapat. Semua pun tender terbuka. Menampakkan ketelusan kerajaan menjurus kepada tender terbuka. Gombak tak tahu perubahan yang berlaku,” kata Bung.

Selepas itu, Azmin yang menyambung perbahasannya berterima kasih kepada Bung kerana mengesahkan bahawa memang wujud kegiatan ketua umno meminta projek.

“Terima kasih Kinabatangan (Bung) kerana bantu saya sahkan ketua umno bahagian memang minta kontrak,” kata Azmin.

Bung yang secara spontan juga terus bangun dan berkata: “Dalam PKR pun minta juga. Tak ada tak minta. Kalau tak minta itu dayus nama dia.

“Wakil rakyat Perak dapat tanah di Kelantan, dapat juga. Sama sajalah,” kata Bung yang disambut dengan ketawa oleh ahli parlimen di Dewan Rakyat.mk

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s