Edisi Pecah Lubang:Adun Besut Dari UBN Mengaku Mendapat Habuan Tanah Sehektar Dari Kerajaan Negeri Terengganu.

nawi mohamad adun hulu besut 210509Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut Nawi Mohamad mengakui mendapat sehektar tanah daripada kerajaan negeri Terengganu, seperti didedahkan PAS di tengah-tengah kempen pilihan raya kecil Kuala Besut hari ini.

“Betul ada, tapi rakyat biasa juga dianugerah tanah oleh kerajaan negeri Terengganu,” kata Nawi melalui SMS ketika ditanyaMalaysiakini berhubung pendedahan ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pagi ini.

Dzulkefly hari ini mendakwa, ketika rakyat biasa diberikan alasan tiada tanah ketika memohonnya, empat pemimpin Umno Besut, termasuk Nawi masing-masing memiliki satu hektar tanah di Kuala Besut.

Sambil menyindirnya sebagai “tradisi mendahulukan penguasa politik”, Dzulkefly mencabar pemimpin BN itu menjelaskan dakwaan yang disokong oleh dokumen berkaitan yang enggan didedahkan pada masa ini.

Nawi didakwa memiliki tanah PT6904 dalam kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, Besut. Tiga lagi menghadapi dakwaan sama: Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902).sumber

Admin:

Senangkan YB Umno dapat tanah,Sehektar pulak tu hebat,hebat semua depa rembat  Kak Jat Rm 250 juta,Tajudin Ramli Rm500 juta, rakyat Rm500….ok kan jadi Yb dan pemimpin tertinggi Umno BN, setara YB pekak macam ni dah dapat sorang sehektar tanah, kalau Ketua Menteri,Menteri Besar seterusnya Perdana Menteri agak-agak sorang berapa hektar! pulak hangpa pikiaq la sendiri…..Akhirnya setelah tak dapat nak tutup pekung terpaksa mengaku mendapat sehektar tanah dengan alasan rakyat pun di beri juga tanah….Persoalannya di sini berapa kerat rakyat yang dapat dan adakah Yb Nawi Adun Besut layak dan patut dapat tanah, sedangkan ramai lagi rakyat yang memerlukan  tak dapat,Rakyat terpaksa membuat pemohonan naik turun pejabat tanah tu pun belum tentu dapat…Tapi kalau join dan jadi Yb Umno BN dah tentu dapat,Yang cai dan penyokong Umno tegar dan ketegaq hangpa dapat apa, kalau ada pun tapak buat jamban ada la.kahkahkah….penyokong dan cai Umno ni bongkar lah apa saja tentang keburukan dan kebobrokan pemimpin mereka takpa  pemimpin kaya cai kayap sokong tetap sokong…Cai penyokong dan ramai lagi rakyat yang belum buka mata…Cuba Hangpa tengok dan pikiaq masih ka nak sokong UBN Lepas Ni…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!

 

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s