CEO Baru Felda Global Ventures Holdings Bhd Dah Panas Pungkuq Gara-Gara Ijazah Dan PHD Tak Di Iktiraf Kerajaan Malaysia….

Baru dua hari memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd, namun Mohammed Emir Mavani Abdullah kini terpaksa berkira-kira berapa lama beliau boleh tahan di situ.

Ini ekoran laporan beliau mendapat PhD dari universiti yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Mohammed Emir mengambilalih jawatan CEO FGVH dari Tan Sri Sabri Ahmad Selasa lepas.

Beliau mendapat PhD dari Warnborough Universiti di United Kingdom pada tahun 2008, lapor Business Times. 

Beliau menafikan lembaga pengarah FGVH sedang mempertimbangkan semula perlantikannya.

“Saya memang ada PhD tetapi ia tidak diiktiraf…ia ijazah yang sebenar dari universiti yang sememangnya wujud. PhD bukan kriteria yang menyebabkan mereka memilih saya tetapi berdasarkan kemampuan saya. Isu ini tidak ada kaitan dengan saya mendapat pekerjaan ini,” kata Mohammed Emir sebagaimana dilaporkan Reuters.

Namun laporan itu juga menyebut, Mohammed Emir diberikan enam bulan untuk meninggalkan FGVH.sumber

1 Komen


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s