Lambag Kongsi Gelap Di Dedah Polis

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiarkan logo 49 kumpulan kongsi gelap yang diwarta haram.

NONEKetua Penolong Pengarah Kongsi Gelap/Judi/ Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata logo berkenaan dipapar dalam laman sosial Facebook PDRM agar orang ramai memahami maksud sesebuah logo itu sekali gus menghindari mereka daripada terlibat dengan sebarang kumpulan kongsi gelap.

“Pada peringkat awal ini, kita melalui program kepolisan dan pemeriksaan, akan menasihati orang ramai, yang memiliki atau menampal sebarang logo seperti di kereta dan rumah, supaya menanggalkannya dengan apa cara sekalipun.

“Ini juga bagi menghindarkan mereka ditahan pihak polis. Mungkin mereka tidak tahu apa maksud logo berkenaan dan tidak terlibatpun dalam mana-mana kongsi gelap. Namun jika mereka masih berdegil atau dikenal pasti memang terlibat dalam kegiatan itu, tindakan tegas akan diambil,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sidang akhbar itu turut memapar kesemua 49 logo kumpulan kongsi gelap berkenaan dan tatu logo yang dilukis pada badan melalui skrin selain penerangan berkaitan bangsa sesebuah kumpulan.

NONEAntara kumpulan kongsi gelap itu ialah Geng 04 yang aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur; Geng 08 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

Abdul Jalil berkata  polis juga akan memantau penggunaan logo terbabit pada kenderaan yang diguna ketika perarakan atau upacara pengebumian.

“Kita akan ‘turun padang’. Kalau kita lihat ada logo itu diletak pada kenderaan yang membawa mayat, kita akan minta mereka tanggalkannya,” katanya sambil meminta ibu bapa memantau pergerakan anak mereka agar tidak terjebak atau menyertai mana-mana kumpulan kongsi gelap.

“Melalui risikan dan siasatan kita, setakat ini belum ada laporan pelajar sekolah di seluruh negara mengetuai mana-mana kumpulan kongsi gelap. Namun ada maklumat mengatakan kumpulan ini cuba mempengaruhi pelajar terutama di sekolah yang bermasalah.

“Mereka (kumpulan) akan berada di luar kawasan sekolah untuk memujuk pelajar agar menyertai mereka. Ada juga maklumat yang mengatakan kumpulan ini cuba merekrut pelajar di dalam kawasan sekolah, namun hasil tindakan pantas Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta polis yang ditempatkan di dalam sekolah, perkara ini dapat dihindarkan,” katanya.

Mengulas penglibatan golongan atasan seperti ahli politik dan selebriti dalam kegiatan itu, Abdul Jalil berkata setakat ini, polis tidak mendapat maklumat mereka terlibat, namun siasatan lanjut akan dijalankan.

NONEBeliau berkata mereka yang terbabit dalam kumpulan kongsi gelap boleh dihukum mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pendaftaran Pertubuhan 1956 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, atau denda RM15,000, jika sabit kesalahan.

Katanya, seramai 28,926 orang dari kaum India dikesan menganggotai kongsi gelap, Cina (8,214) dan Melayu (1,923) manakala tiada penglibatan warga asing dalam kumpulan itu di negara ini.

“Ada antara mereka pernah ditahan di bawah undang-undang Akta Darurat,” katanya sambil menafikan tumpuan lebih diberikan kepada kaum India kerana mereka paling ramai dikesan terlibat dalam aktiviti itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, yang mengumumkan nama kongsi gelap terbabit semalam, berkata kumpulan itu dikategori haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Beliau berkata kumpulan itu dikesan menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

– Bernama Foto

Full screen preview

Full screen preview

Full screen preview

Advertisements

Kenapa Mursi Digulingkan

 

Sinar Harian mengambil pendekatan dari perspektif berbeza mengenai kisah penggulingan Presiden Mohamed Mursi dan tragedi berdarah 13 dan 14 Ogos lalu di Kaherah, Mesir.

Paparan juga dimuatkan mengenai dakwaan tuduhan palsu terhadap Ikhwanul Muslimin (IM) yang dilabelkan sebagai pengganas.

Kini, jutaan rakyat Mesir mahu demokrasi dikembalikan demi keamanan dan membina semula kegemilangan empayar Islam. Tetapi, mengapa bumi Mesir ini menjadi rebutan Amerika Syarikat (AS) dan Israel? Benarkah dakwaan bahawa Mursi memusuhi badan kehakiman? Siapa pula menganianyai imam Al Azhar?.

Segala persoalan itu terjawab dalam siri akhir temu ramah bersama seorang penganalisis dari Mesir yang pakar dalam bidang kajian ‘Arab Spring’ sejak 2010.

Ikutilah wawancara Timbalan Pengarang Berita Farush Khan, Ketua Meja Global Liza Hasan, jurufoto Rosli Taib, jurukamera Md Nidzam Osman dan Yusrizal Yusuf. Siaran wawancara ini juga boleh dilayari menerusi www.sinarharian.com.my/sinar-tv.

Mengapa Mursi tidak disenangi Israel dan AS?

Pertama, ketika Gaza diserang Israel, Mursi muncul sebagai individu pertama memberi amaran bahawa Gaza berada di bawah jagaannya dan jangan ada mana-mana pihak berani mengganggu wilayah itu. Ketika konflik itu, Presiden AS Barack Obama pernah menghubungi Mursi, meminta bantuan untuk membuat resolusi dalam usaha menghentikan krisis di Gaza.

Ini menunjukkan Mursi mempunyai pengaruh kuat di kalangan penduduk Islam dunia. Tindakan ini menyebabkan Israel menyifatkan Mursi bukan calang-calang pemimpin untuk dipersendakan seperti bekas presiden, Hosni Mubarak.

Kedua, jurnal Israel melaporkan, Mursi dan pengikutnya berniat mencabuli perjanjian Kem David. Perkara ini membimbangkan AS kerana sejak dari 1975 lagi, AS menyalurkan AS$1.3 bilion dan mereka tidak mahu bantuan itu tidak mendapat pulangan setimpal.

Apa yang paling ditakuti Israel?

Sebilangan rakyat Israel berkata, penggulingan Mursi sangat penting untuk Israel berbanding ‘kejayaan’ mereka pada 1967. Ketika itu, Israel menakluki dan menahan tentera Mesir, Syria, Jordan dan Iraq.

Namun, bagi Israel, penggulingan Mursi adalah jauh lebih penting berbanding kejayaan itu. Ini kerana Israel takut Mursi akan menukar keseluruhan jajahan Israel itu.
Mungkinkan sempadan Sinai menjadi sebab Mursi digulingkan?

Sinai diduduki Israel kira-kira 20 tahun dari 1967-1975. Sinai amat berharga kepada Mesir selepas menawan semula wilayah itu. Wilayah Sinai terletak antara sempadan Mesir dan Israel.

Maka itu, kami merasakan jika Sinai diambil sekali lagi oleh Israel, perkara itu amat merbahaya dan mustahil untuk mendapatkannya semula.
Itu sebabnya, kami menghargai tentera sekiranya mereka boleh menumpukan perhatian penuh di Sinai.

Apakah jasa Mursi terhadap wilayah Sinai?

Mengikut perjanjian Kem David dalam perjanjian Israel dengan Presiden Anwar Sadat dahulu, tentera Mesir tidak berhak berada di Sinai dengan kelengkapan tentera berat. Kawasan itu dipecah kepada tiga bahagian.

Di kawasan A, tentera dibenarkan membawa meriam, di kawasan B, tentera dibenarkan membawa beberapa senjata dan di kawasan C, tentera hanya dibenarkan membawa senjata ringan.

Tetapi Mursi mahu tentera mengawal sempadan itu dengan jumlah yang ramai, lengkap dengan meriam dan senjata. Tindakan ini bagi menunjukkan kepada Israel bahawa kepimpinan beliau lain daripada kepimpinan Mubarak

Mengapa Arab Saudi sokong tentera?

Mursi berhasrat mewujudkan projek mega di rantau Terusan Suez. Projek ini mampu memberi keuntungan besar kepada Mesir dalam tempoh 10 tahun, sekali gus menjadikan negara itu sebagai negara mempunyai kuasa ekonomi terkuat dunia.

Perkara itu pernah disuarakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun (Dr) Mahathir (Mohamad). Tetapi perkara itu tidak disenangi UAE kerana boleh membunuh Dubai.

Kesimpulannya anda boleh mengetahui mengapa penggulingan Mursi penting buat AS, UAE dan Arab Saudi. Kita juga boleh melihat permainan mereka ketika penggulingan kerana ada yang menyalurkan bantuan kewangan dan sokongan moral terhadap kerajaan sementara.

Apakah pandangan saudara tentang tentera?

Saya suka tentera negara saya. Saya memerlukan mereka dan saya bangga dengan mereka kerana kami meraih banyak kemenangan. Peranan tentera bukan untuk memerintah, tetapi untuk menjaga keselamatan di sempadan.

Apa yang terjadi sekarang, mungkin tentera tidak suka untuk beroperasi secara elit. Mereka mahu mengembalikan semula (pemerintahan) secara paksa. Ini bukan caranya.

Siapakah yang meracuni pemikiran dan tentera untuk melakukan rampasan kuasa?

Ketika sebulan sebelum rampasan kuasa Al-Sisi berkata dalam satu deklarasi: “Jangan bermain dengan tentera kerana tentera seperti api”. Selepas itu, kami semua mengatakan perkara ini sangat bagus, sekiranya tentera tidak mahu kembali dalam pemerintahan dan membiarkan orang awam memerintah. Tetapi apa yang berlaku kumpulan sekular, liberal dan kumpulan minoriti membuat spekulasi yang tentera tidak berkuasa dalam pemerintahan Islam.

Apa yang berlaku, kumpulan ini meminta tentera menyelamatkan Mesir dengan perjanjian sekiranya tentera mengambil semula kuasa dari Islamis maka kuasa tentera akan dikembalikan semula.

Benarkan Mursi menganiayai hakim empat hari sebelum digulingkan?

Badan kehakiman menentang Mursi sejak hari pertama beliau bergelar presiden. Hakim berkomplot dalam rampasan kuasa. Rampasan kuasa dilakukan lima pihak, tentera, polis, media, hakim dan kumpulan liberal. Mereka semua berhasrat untuk menjadi pemimpin politik.

Mereka juga mendapat campur tangan daripada pihak berkuasa Al Azhar dan gereja.

Mursi bertindak tegas terhadap hakim kerana tindakan badan kehakiman membebaskan kesemua tahanan bersalah, termasuk tahanan ketika era rejim Mubarak. Tindakan itu dilakukan atas kehendak hakim, termasuk menafikan semua tuduhan.

Hakim juga membebaskan kesemua penyerang pintu masuk rumah presiden dan cuba membunuh Mursi. Hakikatnya, mereka sebenarnya adalah tentera dan polis. Kebanyakan hakim mempunyai latar belakang kepolisian. Selepas mereka tamat menjadi polis, mereka akan menyertai badan kehakiman.

Bagaimanakah cubaan awal untuk meminta Mursi melepaskan jawatannya?

Mengikut maklumat daripada seorang hakim pada ucapan terakhir Mursi, seorang tentera mengarahkan beliau membaca satu kenyataan, berbunyi: “Pada hari ini, saya (Mursi) akan meletak jawatan” tetapi Mursi tidak membacanya dan memandang pegawai tentera itu dengan tajam.

Mengapa beliau membatalkan beberapa deklarasi pada hari angkat sumpah sebagai presiden?

Deklarasi itu dibuat oleh hakim, manakala perlembagaan dibuat oleh ratusan penggubal undang-undang, kebanyakan adalah daripada pembangkang. Apa yang menghairankan, seorang daripada mereka meletak jawatan serta-merta selepas balik dari Israel.

Maknanya beliau sudah mengetahui akan berlaku rampasan kuasa. Dalam perlembagaan tersebut syarat paling utama, presiden tidak boleh digulingkan dengan cara demonstrasi tetapi mengapa Mursi digulingkan dengan cara demonstrasi?

Kedua, deklarasi itu ditolak Mursi kerana mereka mahu ketepikan imej Islam. Mursi berkata, jika mereka mahu membatalkan deklarasi, mereka boleh mewujudkan satu jawatankuasa kerana perlembagaan bukan al-Quran dan mereka boleh membuat apa juga pindahan.

Bagaimana kerajaan sementara memburukkan Al Azhar?

Kerajaan sementara menggunakan polis dan imam Al Azhar untuk memberikan maklumat salah kepada pro Mursi di Rabaa dan Nadha.

Mereka memutar belitkan fatwa daripada Mufti Mesir, Sheikh Ali Juma’ah, yang kononnya menyatakan ‘pro Mursi adalah puak khawarij dan darah khawarij mengikut Islam adalah halal’. Seorang pegawai berkata, selepas mendengar fatwa itu, beliau mengaku membunuh 80 orang pada hari tersebut.

Selepas rampasan kuasa, bagaimanakah masa depan media di Mesir?

Sejurus tentera berkuasa, mereka menutup semua saluran media Islamis. Sebanyak 17 stesen ditutup pada hari pertama. Maknanya tentera mahu satu saluran sahaja untuk diikuti rakyat. Mereka mahu mempengaruhi fikiran rakyat.SH

Gempar !!! Ahli Politik Di Dakwa Naungi Kongsi Gelap

images

Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi “Geng 04”, “Geng 08”, “Geng 21” dan “Geng 36” dari kumpulan India; “Hong Shun Tang”, “3821”, “Wu Se Qi”, “Hong Men” dan Hua Ji Dang” dari golongan Cina; serta “Geng 3 Calit” dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

“Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

“Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif ‘menjaga’ tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

“’Geng 3 Calit’ Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda,” katanya.mk

TERHOT!! KJ Lanyak Ketua Pemuda Perkasa.

PER1

Teruk juga KJ lanyak Ketua pemuda Perkasa.kah.kah.kah.Baru ada akai!Puak-puak Perkasa tunggu apa pi la demo depan pejabat KJ,..Hangpa tak rasa apa ka! ketua pemuda hangpa dan Presiden hangpa teruk di hentam oleh KJ. Perkasa tak ada apa[TIN KOSONG]kah.kah.kah jangan dok perasan la no!!!…Pak Berahim Katak jangan tak jilat,jilat lah lagi biar sampai cuci..KJ pandai ajaq muka hangpa..

HANGPA BACA SINI BLOG IRWAN FAHMI KETUA WIRA PERKASA YANG MINTA NAJIB LETAK JAWATAN 

sini


‘Jangan perasan nak minta PM letak jawatan’

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menempelak Ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Irwan Fahmi Ideris yang dilapor mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

“Siapa dia nak minta PM letak jawatan. Jawatan dia bukan ketua Pemuda Umno. Dia Pemuda PERKASA. PERKASA ada apa?

“Presiden kamu sudah kalah dalam pilihan raya umum, perasan nak minta perdana menteri letak jawatan. Apa ni?

“Saya rasa dia patut tahu kedudukannya terlebih dahulu” kata Khairy dengan nada tinggi.

Beliau yang juga menteri belia dan sukan menjawab soalan pemberita berhubung desakan itu dalam sidang media sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran kementeriannya hari ini.

Irwan dalam tulisan dalam blognya Ahad lalu antara lain mendakwa Najib masih menggunakan kaedah lama meminggirkan kaum pribumi dan mengagung-agungkan kaum lain.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden PERKASA, Datuk Rahman Bakar dilapor akan memanggil Irwan bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung desakannya itu. mk

Kenapa Rakyat Malaysia Tak Kibarkan Jalur Gemilang Sambut Merdeka Terbongkar!

Malaysiakini telah melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek melahirkan kekesalannya yang amat berikutan di Putrajaya sendiri masih kurang bendera dipasang.  

Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, katanya..

Beliau berkata, perkara itu paling dikesalinya memandangkan di kuaters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang.

“Mereka masih tunggu kerajaan beri bendera,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Shabery berkata, keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik… negara jiran yang mana satu entahlah..

Sebenarnya Datuk Seri.. bukanlah rakyat menunggu bendera yang diberikan oleh Kerajaan.. atas semangat patriotik rakyat sanggup mengeluarkan duit untuk membeli bendera itu…

Tetapi Datuk Seri.. oleh kerana majoriti rakyat negara ini terdiri dari kalangan yang rajin membaca dan juga bukan terdiri dari kalangan yang mudah lupa seperti ahli UMNO itu..

Dan masih terngiang-ngiang dalam ingatan akan kata-kata seorang sejarahwan yang juga seorang Profesor sebelum PRU13 yang lalu.

Kerana beliau adalah seorang Proffesor maka rakyat berpegang dan menghormati akan kata-katanya itu..

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling. 

“Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” katanya.  

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.  

“Dinaungi tidak sama dengan kolonial… Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.  

“(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi… Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah. 

“Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar,” katanya di Putrajaya pada 9 September 2011.  

Katanya lagi, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun… Videonya sila liha di SINI

Jadi Datuk Seri…. bila Proffesor tu dah kata Tanah Melayu tidak pernah dijajah, rakyat tertanya-tanya untuk apa kita memasang bendera menyambut hari Merdeka?

Sedangkan kita tak pernah dijajah.. jadi kenapa kita menyambut Hari Merdeka ni?.. kita Merdeka dari siapa?

Hingga kini Datuk Seri.. rakyat masih tertunggu-tunggu apakah benar kenyataan Professor itu atau hanya satu hujah untuk membolehkan Mat Sabu dianggap menghina anggota Polis suatu masa lalu.. ASD

Lagi Pendedahan Keyahudian Al-Sisi Dan Sekutunya

Pelbagai rahsia terdedah yang menunjukkan bahwa Israel terlibat lansung dengan rampasan kuasa tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Dr. Muhd Mursi lebih sebulan yang lalu.

Rancangan untuk menggulingkan Dr. Mursi ini telah lama dilakukan oleh tentera, walaupun ketuanya – Jeneral Abdel-Fattah As-Sisi – adalah orang yang dilantik oleh Dr. Mursi sendiri sebagai Menteri Pertahanan. As-Sisi berpura-pura menyokong presiden baru itu yang datang dari Ikhwan Muslimin, pada hal sudah ada rancangannya untuk meletakkan tentera sebagai pemegang kuasa mutlak Mesir sama seperti di zaman Hosni Mubarak dulu.

As-Sisi sendiri diberitakan adalah keturunan Yahudi. Ini telah disahkan oleh sebuah laporan oleh Al-Jazeera baru-baru ini. Laporan itu menyebut kenyataan bekas Setiausaha Media Murshidul Am Ikhwan Muslimin, Gamal Nassar, bahawa As-Sisi adalah keturunan Yahudi.

Menurutnya, sangat mengejutkan apabila membaca laporan akhbar Algeria, Al-Watan yang menyebutkan bahawa As-Sisi keturunan Bani Israil di Mesir. Ibunya seorang Yahudi bernama Mulaika Titani dan abang Mulaika adalah anggota Haganah, sebuah pertubuhan militan Yahudi di Israel yang turut bersama memerangi umat Islam di Palestin.

Menurut Al-Watan, dalam perhitungan apapun, nyatalah As-Sisi sedang melaksanakan tugas zionis yang hendak memecahbelahkan Mesir. Selanjutnya, menurut Gamal Nassar, dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang dilakukan oleh As-Sisi, nyatalah ia penjenayah paling kejam yang akan menghancurkan Mesir.

Gamal Nassar menambah, As-Sisi berpura-pura konon hendak menyelamatkan Mesir sebagai wira negara itu, tetapi dia sebenarnya hendak memecahbelahkan Mesir supaya negara itu lemah dan tidak akan mengancam Israel.

Sebab itu dilaporkan, seorang diplomat kanan Israel di Mesir,  Yaakov Amitai memberitahu tentera Mesir bahwa “Rakyat Israel menganggap Abdel-Fattah As-Sisi adalah pahlawan nasional Israel kerana tindakannya terhadap Ikhwan Muslimi.”  Selepas ini, kata diplomat kanan itu, Israel dan Mesir akan bekerjasama lebih erat di bidang pertahanan, ekonomi, pertanian dan lain-lain. Ini yang dikehendaki Israel di mana Amerika mengetahui hal ini.

Ada laporan di media dunia Arab mengatakan bahawa beberapa hari sebelum rampasan kuasa oleh tentera itu, As-Sisi telah berkunjung ke Tel Aviv dan mengadakan rundingan dengan pemimpin kanan Israel di mana Israel mendesak As-Sisi segera melumpuhkan kerajaan Ikhwan Muslimin pimpinan Dr. Muhd Mursi. Jika ini tidak dilakukan oleh tentera Mesir, pemimpin Israel menyatakan kebimbangan kerana Ikhwan menjadi ancaman besar kepada Israel.

Rampasan kuasa itu disokong oleh golongan secular, Kristian Koktip, golongan sisialis yang masih memuja bekas presiden Mesir, Gemal Abd Nasser sebagai idola mereka. Rampasan kuasa itu juga disokong oleh golongan Salafi dan kumpulan An-Nur. Tetapi dua kumpulan ini menarik balik sokongan terhadap tentera apabila tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai dan membakar masjid baru-baru ini.

Menurut Ummah News, tentera As-Sisi bukan saja akan memerangi Ikhwan, tetapi juga kumpulan Mujahidin yang bergerak di Sinai yang telah menyerang dan membunuh beberapa orang tentera di wilayah itu.

Laporan media di dunia Arab menyebutkan bahawa senjata Israel telah digunakan oleh tentera Mesir untuk menyerang para penyokong Dr. Mursi. 

Menurut laporan itu lagi, kapal terbang kargo Israel dilihat mendarat di lapangan terbang Mesir ketika tentera Mesir menggempur himpunan penyokong Dr. Mursi. 

Wartawan Mi’raj News Agency di Kaherah Dany Novery,   mengesahkan hal ini.
Senjata itu seperti gas beracun pemedih mata, kelonsong gas dan peluru bertulis dalam bahawa Ibrani, kata Dany Novery lagi yang dipetik oleh MINA.

Seorang lagi wartwan Mi’raj News di Kaherah, Amran Hamdani, juga menyebut, ada kenderaan yang datang ke medan Rab’ah Adawiyah membawa peluru bertulis bahasa Ibrani untuk tentera Mesir. Hal itu dilihatnya setelah pemandu kenderaan itu menolak untuk membawa keluar korban yang bergelimpangan.

Ketika Dataran Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera General Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain.

Demikianlah yang terjadi di Mesir yang selama ini dianggap sebagai hub intelektual dunia Islam yang telah melahirkan sekian ramai ulama. Namun dalam keadaan begini, masih ada ulama di sana yang keliru seperti yang terjadi kepada Sheikh Al-AlAzhar  yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera yang didalangi oleh Israel.

Seperti kata Tuan Guru Nik Abd Aziz, barangkali, Sheikh Al-Azhar sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden, katanya, satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.

Ingatan Tuan Guru kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun yang bermaksud: “Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini saja,”  – Surah Toha, ayat 72.

Kini selepas lebih sebulan rampasan kuasa tentera Mesir itu berlaku semakin banyak rahsia terdedah yang menunjukkan Israel terlibatsecara  lansung dengan rampasan kuasa itu. Namun masih ada pemimpin sekular negara umat Islam, malah segelintir umat Islam sendiri, yang juga berfikiran sekekular dan keliru melihat episode di Mesir ini dengan penuh keliru, malah ada yang memfitnah Ikhwan Muslimin konon sebagai gerakan Islam yang mendorong kekerasan. Inilah fitnah besar kepada pendukung gerakan Islam dan Islam sendiri diakhir zaman.HD

Utusan Salah Kata Khairy@KJ Ketua Pemuda Umno Malaysia…

KJ yang sebelum ini tak ada apa-apa jawatan dalam kabinet Najib,setelah di lantik selepas pru13 menjadi Menteri belia dan sukan dalam mengangotai kabinet Najib terpaksalah buat wayang dengan menafikan kenyataan APA LAGI CINA MAU yang di keluarkan Najib sebelum ini..Kononnya Najib masih lagi Komited dengan satu Malaysia pooodah!,sekiranya Najib betul-betul komited dengan slogan satu Malaysia dia tak akan keluarkan kenyataan yang Rascist macam tu! apa guna KJ nak back up Najib sedangkan kenyataan ini telah tersebar luas dan tak perlu lah KJ nak tunjuk baik dengan membela Najib…Kenyataan Kontrovesi itu telah di siarkan oleh Utusan bukan harakah atau media PR tetapi media Umno BN sendiri..terpaksalah demi mempertahankan Bos Utusan yang di persalahkan..Sekiranya betul kata KJ utusan yang salah kerana menyiarkan laporan seperti itu”kenapa Najib tak saman saja, Sayang KJ seorang yang teperlajar dan lantang bersuara dalam sesetengah isu serta tegas dalam kenyataan beliau sebelum ini, menikus bila berhadapan dengan isu yang melibatkan Bosnya Najib..Inilah sikap Umno berjuang demi BOS,pangkat ,harta tahta dan wanita tetapi bukan rakyat,Sanggup menafikan serta menipu demi menyelamat BOS,HARTA,TAHTA walau pun pekara itu benar…Sebenarnya slogan satu Malaysia hanya slogan tak lebih dari itu dan cuma retorik UBN..Najib pulak tak payah nak menafikan yang beliu tak sebut kenyataan yang berbaur Racist seperti itu,kerana rakyat Malaysia dah tak dapat nak di tipu sepert zaman Tun Mahathir sekarang zaman langit terbuka zaman siber…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!

Khairy: Najib tak akui laporan Utusan

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memperakui laporan akhbar Utusan Malaysia bertajuk ‘Apa lagi Cina mahu’ yang mencetus kontroversi sejurus selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Bagaimanapun, laporan berhubung peralihan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat itu berbeza dengan kenyataan Najib ketika mengulas keputusan pilihan raya tersebut, kata Khairy.

Khairy berkata demikian dalam sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur petang ini.

“Beliau hanya membuat pemerhatian dan tidak menyalahkan mana-mana komuniti. Tajuk utama akhbar itu dan pendirian perdana menteri adalah berbeza,” katanya.

Mengulas perkara tersebut, Khairy menegaskan bahawa Utusan bertindak dengan salah apabila menyiarkan laporan seperti itu.

“Perdana menteri komited dengan pendekatan 1Malaysia sehingga ke hari ini.

“Beliau boleh berkata yang kita tidak dapat sokongan Cina dan perlu melupakan 1Malaysia dan hanya beri tumpuan kepada mereka yang menyokong kita.

“Tetapi beliau konsisten agar kita kekal dengan dasar yang bersifat menyeluruh,” katanya.

Khairy ditanya mengenai tindakan perdana menteri yang tidak mengambil tindakan ke atas Utusan ekoran laporan yang didakwa ramai pihak sebagai bersikap perkauman itu.

Najib sendiri ketika ditanya mengenai laporan kontroversi tersebut pada 7 Mei lalu mempertahankan laporan berkenaan.

“Anda menyalahkan Utusan tapi anda tidak bertanya tentang akhbar Cina,” kata Najib.
 
Najib menyebut bahawa akhbar Cina pun menyiarkan jenis 
berita yang sama, sebelum meninggalkan tempat sidang akhbar.
 
Najib juga berkata masyarakat Cina telah terpengaruh dengan pembangkang dan bertanggapan bahawa undi mereka boleh membawa perubahan dalam kerajaan.mk