Panas! Surau Di Jadikan Tokong

VP PAS: Tak logik guna surau untuk meditasi

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesyaki wujud “sesuatu yang tidak kena” dalam kejadian melibatkan penganut Buddha yang didakwa melakukan upacara keagamaan kontroversi di sebuah surau di resort di Kota Tinggi.

Katanya, perkara itu perlu disiasat sebaiknnya kerana kejadian berkenaan menimbulkan banyak persoalan.

“Saya rasa satu penyiasatan harus dilakukan dengan teliti siapa mereka sebenarnya. Kita tak nak buat tuduhan awal dan mengambil tindakan berdasarkan emosi.

“(Penjelasan) mereka (peserta upacara) seperti tidak logik apabila mahu gunakan surau untuk meditasi. Benda ini macam ada perkara yang tidak kena. Jadi ia perlu siasatan rapi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga berpendapat, tindakan kumpulan penganut agama tertentu untuk menggunakan rumah ibadat orang lain merupakan perbuatan yang tidak masuk akal.

“Saya lihat mustahil mereka yang memegang agama-agama lain seperti Kristian atau Buddha, ingin buat acara di rumah ibadah lain.

“Seperti kita, ada ke kita mahu solat di kuil? Macam pelik (kejadian ini),” katanya lagi.

Beliau merujuk kepada penjelasan pihak pengurusan resort yang didakwa membenarkan penganut Buddha melakukan upacara tersebut dilaporkan mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan ia bukan satu kesalahan.

Wakil pengurusan terbabit mendakwa peserta upacara berkenaan mahu menggunakan dewan untuk bermeditasi.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan untuk membenarkan perkara itu pada pendapatnya bukan satu kesalahan.

Menurutnya lagi, beliau berniat untuk “menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi”.

Kejadian itu dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan sekumpulan individu sedang menyertai satu upacara di lokasi berkenaan.

Kumpulan yang diketuai seorang individu berpakaian berwarna oren tersebut ditunjukkan berada dalam keadaan duduk  mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau terbabit.

Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama ‘Sebastianphiu’ itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit,

Apa dah jadi dengan Malaysia selepas satu-satu penghinaan terhadap islam…kini sebuah surau di resort di Kota Tinggi di jadikan tokong oleh sekumpulan penganut budha…Kenyataan dari resort tersebut yang membenarkan upacara keagamaan itu berlansung di dalam surau tersebut tidak menjadi suatu kesalahan…Kononnya surau itu cuma di gunakan untuk meditasi.Nah tengok kenyataan bodoh yang di keluarkan oleh salah seorang Kakitangan di resort tersebut yang membenarkan surau tersebut di gunakan oleh penganut budha untuk bermeditasi[“Saya tidak fikir tindakan memberi kebenaran kepada penganut agama lain menggunakan surau adalah salah. Ini kerana mereka hanya mahu menggunakan surau untuk bermeditasi.

“Saya tidak berniat menyakiti hati mana-mana pihak. Niat saya adalah untuk menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi,” kata individu tersebut, yang tidak dinamakan dalam laporan Berita Harian.]Kenapa ada orang yang sebangang macam ni dalam Malaysia,apa jua alasan yang di berikan pekara yang semacam ni tak seharusnya belaku”toleransi apa yang kakitangan resort ini maksudkan,  dengan mencemarkan tempat ibadat orang islam itu yang di maksudkan sebagai toleransi?..Alasan yang yang tak dapat di terima seharusnya pihak bekuasa mengambil tindakan yang keras supaya menjadi pengajaran…..HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s