Gambar Kereta Ketua Menteri PP Salah Parking Tersebar Di Fb

470x275xa6920b0e4d942d698ebafca3c89f6e48.jpg.pagespeed.ic.zxD0d-Mnlx421276631Sebuah gambar kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang yang diparkir secara salah tersebar di Internet dan mencetuskan perdebatan sama ada Lim Guan Eng mempunyai keistimewaan tempat letak kereta khas.

Rakaman gambar yang tersebar itu menunjukkan kenderaan milik Lim diletakkan di kawasan yang mempunyai papan tanda amaran.

Gambar yang diambil pada tengah hari semalam itu juga telah dikongsi secara meluas di laman Facebook dengan kapsyen “Is double line parking the privilege of PG1?” (Adakah meletakkan kenderaan di garisan berkembar keistimewaan PG1?)

Penyokong BN dalam komentar di laman sosial mendakwa Lim yang juga Setiausaha Agung DAP itu melanggar undang-undang secara terang-terangan.

Pihak lain pula mengatakan, isu itu merupakan perkara kecil yang diperbesarkan memandangkan kawasan tempat letak kereta memang menjadi masalah di pusat bandar Pulau Pinang.

Sementara itu, Lim ketika ditanya mengenai perkara tersebut berkata beliau semasa kejadian sedang bertemu dengan beberapa wartawan dan tetamu dari Hong Kong di sebuah kedai kopi.

Lim berkata, pemandunya boleh dikenakan denda oleh penguatkuasa kerajaan tempatan seperti orang lain jika tidak bernasib baik.

“Apapun saya telah nasihat dia (pemandu) bahawa tidak boleh meletakkan kereta di kawasan yang tidak dibenarkan walaupun dia berada di dalam kereta pada masa itu,” katanya.

Selain itu, Lim juga berkata, untuk mencari tempat letak kereta di kawasan yang sibuk seperti Jalan Campbell adalah sukar terutamanya pada musim perayaan.

“Tetapi kami tidak selalu pergi ke hotel lima bintang untuk minum atau meraikan tetamu kami.

“Mungkin kami perlu pergi ke hotel kerana kita tidak mempunyai masalah dengan kawasan tempat letak kereta di tempat seperti itu,” kata Lim.mk

Admin:

Gambar kereta Ketua Menteri PP yang salah Parking  tersebar di FB seperti memberi bola tanggung kepada blogger pro UBN untuk menghentam Ketua Menteri PP itu…Bagi aku walau pun siapa dia, pangkat dan kedudukan ttp tertakluk dengan undang-undang  tak kira siapa,Pihak PBT PP MPPP harus mengambil tindakan sekurang-kurangnya keluarkan saman supaya menjadi contoh kepada negeri-negeri lain yang PP tidak memilih bulu sekiranya melibatkan pelanggaran undang-undang walau pun tak sesirius mana…

Dengan penjelasan Ketua Menteri PP rasanya jelas di waktu kemuncak bukan senang nak cari parking lagi pun di musim perayaan macam ni apa lagi…apa pun juga alasan sekiranya melibatkan undang-undang tiada kompromi….HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI

1 Komen

  1. This web site certainly has all the information and facts I wanted about this
    subject and didn’t know who to ask.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s