Kalimah Allah Pertahan Hukum Allah Lawan…!

Kira-kira 150 orang yang terdiri daripada gabungan beberapa NGO Islam berkumpul di luar Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk menunggu keputusan rayuan permohonan Ketua Biskop Roman Katolik Murphy Pakiam untuk mengetepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bible.

kalimah Allah appeal caseAntara NGO yang hadir ialah Persatuan Peribumi Perkasa (PERKASA) dan Gabungan NGO Persatuan Pembela Muslim (PEMBELA).

Turur kelihatan di perkarangan mahkamah ialah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dari Nassar Foundation dan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Nordin yang berada di dalam mahkamah serta editor mingguan Herald, Father Lawrence Andrew.

kalimah allah appeal caseOrang ramai yang mula berkumpul bermula jam 8 pagi di perkarangan mahkamah kini berselawat dan melaungkan dua kalimah syahadah sementara menunggu keputusan.

Kaum wanita yang hadir pula duduk berkumpul di perkarangan mahkamah sambil membaca al-Quran.

Mahkamah Rayuan menetapkan hari ini bagi mendengar permohonan Murphy untuk mengetepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

kalimah allah appeal case3Permohonan itu didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin.

Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.

Jika Archbishop Murphy gagal dalam permohonannya hari ini, rayuan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan itu akan didengar pada 10 September.mk

Cuba Tengok Pula Apa Kata Dr Marza

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin(gambar) dalam sebuah kuliah di kala isu ini masih lagi hangat diperdebatkan dan menjadi tajuk utama diseluruh negara.

Penjelasan bekas Mufti Perlis ini muncul selepas perdebatan mengenai penggunaan kalimah Allah ini timbul kembali akibat daripada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan pusat membenarkan penggunaan perkataan Arab itu dalam kitab Injil berbahasa Melayu sempena perutusan Krismas pada 24 Disember lalu.

“Pertama, sebelum kita nak bincang Bible tak Bible ni, simple je. Bila orang Kristian ni pi kata, pi sebut Al- Masih anak Allah. Bila?

“Kelmarin dulu ka? Mula dengan geng Penang tu ka? Ataupun dah lama? Bila? Saya nak tanya, ada dak Yahudi dan Kristian di Madinah? Ada dak? Mereka hidup dak? Nabi benarkan tak mereka hidup?” tanya beliau.

Isa Al-Masih adalah nama Arab bagi Yesus Kristus yang Kristian percaya adalah satu aspek tuhan, tetapi masyarakat Islam di sini berhujah penggunaan perkataan “Allah” harus menjadi eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan bermaksud tuhan Islam.

Mohd Asri turut berkongsi pengalamannya di negara Arab di mana kitab Injil sememangnya menggunakan kalimah Allah dan ini menurutnya sudah berlaku sebelum Muhammad mengajarkan Islam.

“Tuan-tuan kalau pergi ke negara Arab, tuan-tuan tengok Bible dia memang Allah. Bukan mula kelmarin dulu, sebelum nabi lagi.

“Kalau tuan-tuan jumpa Kristian Arab, Daud… Ibrahim…  Sulaiman… Alhamdulillah dia sebut,” kata Mohd Asri dalam sebuah kuliah bertajuk “Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam” yang dimuatnaik dalam laman social YouTube Sabtu lalu.

Menurut bekas Mufti Perlis itu, kekeliruan berhubung dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak seharusnya berlaku jika setiap umat Islam jelas dengan kepercayaan mereka.

“Ok. Itu adalah realiti. Orang kata keliru. Yang keliru tu hak yang tidak jelas akidah ja. Takkan akidah taslis, trinity. Memang ada keliru. Bukan kata nama Allah dalam Bible nama nabi. Orang kata nabi takpa Allah yang tak buleh. Ai… mempercayai para rasul rukun Iman jugak tau.

“Dak kami tak masuk… Ha… Itu hang punya masalah. Tapi nama mereka ada. Saya bukan bela mereka. Saya tak bela. Saya nak cerita itu adalah realiti Quran. Sebab itu Quran sebut,” katanya lagi.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu menjelaskan, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Yahudi dan Kristian adalah di antara sebab mereka digelar Ahli Kitab di dalam Al-Quran.

“Musyrikin orang yang mensyirikkan Allah. Sebab apa dia syirik? Sebab dia kata di samping Allah ‘beside Allah there is another god’. Di samping Allah ada tuhan yang lain.

“Maka dia dinamakan dengan Musyrikin. Kalau dia tak percaya langsung Allah itu namanya Atheist,” katanya lagi.

Mohd Asri mengatakan, tidak ada masalah jika kerajaan mahu menguatkuasakan undang-undang menghalang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah bagi mengelakkan kekecohan tetapi jangan beri alasan Islam yang melarang penggunaan perkataan Arab tersebut.

“Siang hari matahari panas. Terang terik benderang dia suruh kita pasang lampu motor kita pasanglah. Pasal itu peraturan. Kereta kita beli 260 dia kata bahaya 110. Kita patuh 110 takpa lah. Walaupun kereta kita beli. Kerajaan memang ada hak. Orang tanya saya habis tu mana satu kita nak patuh?

“Banyak uniform kita.. Topi… Ada Allah Muhammad. Non Muslim pun pakai. Non Muslim pakai bertulis tu Non Muslim pakai. So kita kadang-kadang… Habaq betui-betui… Memang buleh dari segi Islam tapi di Malaysia keadaan tak mengizinkan. Toksah bagilah.

“Lepas tu arguelah di parlimen takpalah. Jangan pi kata, macam setengah orang kata tak buleh non Muslim masuk masjid. Depa pun hairan. Karpet dia pasang. Kubah dia pasang. Bumbung cat dia buat. Habis siap pasang .. Haram masuk… Aaa? Jadi orang bukan Islam lagi peninglah dengan Islam,” katanya lagi dengan menggunakan loghat Utara.

Klip 14 minit telah menarik lebih 62,000 tontonan, 545 tanda suka dan 16 tidak suka dan dimuatnaik di YouTube pada 12 Januari oleh TV Sunnah, sebuah siaran mengenai program Islam.

.sumber 

Admin;

Perkasa dan NGO yang berhimpun untuk mempertahankan kalimah Allah aku sokong,tapi kenapa tak berdemo di depan perjabat Najib minta dia buang Ketua mubalig Kristian yang dia lantik sebagai menteri,dan satu lagi kerah seluruh ahli Perkasa buat demo minta undang-undang islam di laksanakan di Malaysia baru betul! Jangan berdemo kalau hanya untuk mencari pablisiti murahan.Perkasa,Jati Lebih Kepada Retorik Dan Hipokrit

Di bawah kenyataan Fathul Bari tentang PEKONGSIAN KALIMAH ALLAH OLEH KRISTIAN….

PETALING JAYA: The usage of Bahasa Malaysia Bible is perfectly fine both in the eyes of Islam and the Federal Constitution, said Umno ulama Fathul Bari Mat Jahya.

He said people must not confuse the fact that a language did not represent a particular religion.

“Arabic is the original language used in the Al-Quran. But Prophet Muhammad had never stopped or forbade others in using Arabic to spread their own religions,” he said.

Fathul said although the Federal Constitution forbade the preaching of other religions to Muslims, the AlKitab (Bible) did not contravene its spirit.

“It should only be for Christians. If the Bahasa Malaysia Bible is not used to preach to Muslims, then there is nothing wrong,” he said.

Fathul said it was also perfectly acceptable for Christians to use the word “Allah”.

“However, I made it very clear that this can only be used in a Christian context, and not to mislead Muslims,” he said, adding that most Islamic scholars in the Middle East thought the same as well.

PAS ulama council chief Datuk Harun Taib said Christians should not be denied the right to use the Bible in Bahasa Malaysia as it was the country’s national language.

“Will the faith of Muslims be affected by a translation of the Bible? No, it is just a Bible read by Christians, that is all. Why must there be any opposition?” he told an online news portal yesterday.

Harun also said Christians could use the word “Allah” as long as it was within the confines of their religion.

“If Christians want to use the term ‘Allah’ for their God no problem. If they are convinced that ‘Allah’ is their God, let them be,” he said, explaining that this was different from Islam’s ‘Allah s.w.t.’.

It was also reported that PKR information chief Dr Muhammad Nur Manuty said Muslims need not worry about the use of the word “Allah” and the Bahasa Malaysia Bible.

“This is the right of religion and Bahasa Malaysia is the official language of the country so we cannot restrict other religions, including Christians from using it,” he said, urging Muslims to be more open-minded and not take matters in their own hands.

Malaysian Ulama Association president Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir had earlier agreed that everyone should be allowed to read and worship in the language of their choice.

He had said that even the Quran had been translated into many languages such as Chinese, and that every person had the right to use Bahasa Malaysia.

However, he added that “Allah” should be exclusive for Muslims.Sumber

SAKSIKAN BERAPA HARMONINYA DAN SALING LINDUNG-MELINGDUNGI ANTARA iSLAM DAN KRISTIAN DI MESIR…

1 Komen

  1. Reblogged this on istighfar.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s