Datuk Mohd Amar: Ahli PAS Yang Terlibat Atau Pengikut Ajaran Syiah Perlu Segera Keluar Dari PAS….

Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU – Pas Kelantan menggesa mana-mana ahli yang terlibat atau menjadi pengikut ajaran dan fahaman Syiah perlu segera keluar dari parti tersebut.

Teguran tersebut dinyatakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang turut menegaskan Pas sejak dari dahulu hingga sekarang masih lagi berpendirian menolak ajaran fahaman tersebut.

“Mana-mana ahli Pas yang terlibat dengan Syiah, haruslah keluar daripada Pas sebab kita tidak terima selain daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jemaah.

Syiah sudah lama wujud di Malaysia namun kenapa baru sekarang ia diperkatakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kononnya ia semakin membimbangkan.

“Sebelum ini Syiah dibiarkan bergerak bebas tanpa sebarang tindakan atau dakwaan, tapi sekarang baru timbul.

“Jadi kita bimbang kalau ada agenda politik lain apabila isu itu kini mula ditimbulkan kembali dan mungkin boleh jadi sengaja nak mengaitkan Pas dalam hal ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai status keahlian Pas yang menyertai Syiah, Mohd Amar berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan tentang hal tersebut.SH

Admin:

Tegas dan keras kepada ahli PAS yang menganuti fahaman Syiah harap faham-fahamlah dengan kenyataan yang di buat oleh Datuk Mohd Amar ini,Jangan dok buat banggang! tak ada tempat untuk Syiah dalam PAS…PAS adalah sebuah parti politik yang perjuangkan aqidah ahli Sunah dan beteraskan islam yang syumul,Syiah pula suatu ajaran yang bertentangan dengan aqidah ahli Sunah Waljamaah serta bukan juga mazhab tetapi sebuah ajaran yang sonsang lagi mnyesatkan…Aku tak mau nak ulas panjang tentang Syiah ni tak ada untung pun,..PAS dari Presiden sampailah kepada Ketua Pemudanya jelas  menolak fahaman Syiah ,Walau pun tiada bukti jelas yang menunjukan ada ahli PAS yang terlibat,Pun begitu PAS tetap tegas dalam isu syiah….

Seperti yang di katakan oleh Datuk Mohd Amar syiah dah lama berakar di Malaysia,tetapi kenapa baru sekarang ia di perkatakan,takut-takut ada agenda politik kotor yang sengaja untuk kaitkan PAS dalam isu ini..Apa pun syabas di ucapkan kepada Datuk Mohd Amar serta seluruh kepimpinan tertinggi PAS yang telah menyatakan pendirian parti,Umno bila pula nak buat kenyataan macam ni dan nyatakan juga prinsip parti serta pendirian parti tentang keahlian Umno yang berfahaman Syiah…

Adakah Umno dan kerajaan Malaysia benar-benar tegas dalam isu Syiah atau hanya sekadar melepas batuk di tangga…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s