Tanda Putera Pelingkup Wang Rakyat

Tayangan Filem kontroversi Tanda Putra yang gagal menarik penonton hingga mengalami kerugian RM3.77 juta, menunjukkan satu lagi pembaziran wang rakyat, kata penulis, Hasmi Hashim.

“Filem ini filem yang amat malang kerana mengalami kerugian. Kalau dicalonkan sekali pun, saya percaya ia tidak akan merangkul apa-apa anugerah.

“Ini pembaziran yang jelas, duit rakyat digunakan untuk menerbitkan propaganda, dan ia tidak berjaya,” katanya yang juga penulis lirik terkenal lagu ‘Awan Nano’.

Menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem kontroversi itu berakhir di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3.77 juta.

Filem yang diterbitkan dengan kos RM4.2  juta dari geran Finas itu hanya mencatat kutipan RM930,000 selepas 25 hari ditayang di pawagam.

Hasmi atau nama penanya, Buddhi Hekayat berkata, satu jawatankuasa sepatutnya ditubuhkan bagi menyemak dan memilih skrip yang sesuai sebelum diberi geran penerbitan.

Sementara itu, bekas pelawak, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman berpendapat dana sebesar itu tidak seharusnya diberikan bagi menerbitkan filem yang sejak awal sudah dijangka tidak akan diterima umum.

“Rakyat Malaysia memang tidak boleh terima cerita begitu. Lebih elok dana sebegitu besar digunakan bagi meningkatkan mutu seni di negara ini dengan cara yang lain,” ujarnya.

Tanda Putra, merupakan filem arahan Paduka Suhami Baba yang memaparkan insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Filem berkenaan gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya, menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.

Diterbitan Pesona Pictures Sdn Bhd, filem itu dikritik ramai kerana memainkan sentimen perkauman selain memaparkan peristiwa sejarah secara berat sebelah.

Lagi Pekung Umno Tebongkar…ROS Jangan Pilih Bulu Siasat Segera!

ROS juga perlu siasat pemilihan Umno

Asmidy (kiri) bersama Jasmin, Dr Md Rozi dan Rahim pada sidang media

SEBERANG JAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu menyiasat pemilihan jawatan dalam Umno yang akan berlangsung bulan depan kerana ada prosesnya yang tidak telus.

Ahli Umno Tasek Gelugor yang dibatalkan pencalonan untuk jawatan ahli jawatankuasa bahagian, Asmidy Mohamad berkata, langkah itu perlu bagi memastikan pemilihannya mengikut perlembagaan parti dan tiada ahli yang diketepikan hak.

Beliau berkata, tiada sebab ahli yang digantung hak keahlian tidak dibenarkan atau hilang kelayakan untuk bertanding kerana perlembagaan parti membenarkannya.   

“Lembaga disiplin Umno adalah pihak yang berkuasa menyiasat kes atau kesalahan dalam pemilihan parti. Tetapi kenapa surat penggantungan ditandatangani oleh setiausaha agung,” katanya pada sidang media di sini hari ini.  

Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed yang dibatalkan pencalonan untuk ketua bahagian, Dr Md Rozi Yusof (timbalan ketua bahagian), Salmah Ahmad (naib ketua wanita Umno), Rahim Che Noor (ahli jawatankuasa bahagian) dan Mahamad Tahir Yusof (pengerusi tetap bahagian).

Dr Md Rozi berkata, ibu pejabat Umno perlu menjelaskan mengenai status mereka yang berjaya menjadi ketua cawangan dalam pemilihan yang diadakan sebelum ini.

“Adakah penggantungan hak keahlian kami turut menyebabkan jawatan kami sebagai ketua cawangan terbatal.    

“Saya menang ketua cawangan dalam pemilihan pada 8 September lalu. Adakah surat penggantungan kami pada 20 September turut menyebabkan jawatan di cawangan terjejas,” katanya.

Rahim pula meminta jawatankuasa disiplin menyiasat ketua bahagian Tasek Gelugor kerana didakwa terlibat dengan politik wang dengan memberi wang tunai kepada semua ketua cawangan pada bulan puasa lalu.

Beliau mendakwa pemberian wang itu dilakukan dalam satu majlis yang diadakan di Penang Golf Resort, Kepala Batas.

“Kami sudah membuat aduan kepada lembaga disiplin mengenai perkara itu dan  berharap ia disiasat segera. Jika terlibat, ketua bahagian juga tidak layak untuk bertanding dalam pemilihan kali ini,” katanya.

Pecah Tembelang Zahid Hamidi Pembohong Mengenai Pindaan PCA

PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berbohong mengenai pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) baru-baru ini kerana akta itu sebenarnya mempunyai persamaan dengan akta kejam lain yang dimansuhkan sebelum ini.

Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata kenyataan Ahmad Zahid bahawa akta yang dipinda itu “tidak mempunyai tahanan tanpa bicara” tidak benar sebaliknya rang undang-undang yang dikemukakan secara jelas memberi isyarat pindaan tersebut bertujuan mengembalikan penahanan tanpa bicara seperti Akta Ordinan Darurat 1969 (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

“Kenyataan Zahid sama sekali pembohongan yang jelas bertentangan dengan penjelasan dalam pindaan rang itu sendiri.

“Adakah Menteri Dalam Negeri tidak membaca rang itu? Atau dia cuba sekali lagi menipu kepada orang ramai?” kata Ahli Parlimen Padang Serai itu dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran berkata, kenyataan Zahid mengenai tahanan boleh menyemak penahanan adalah perkara tidak munasabah.

“Klausa 15A secara jelas mengenepikan semakan kehakiman selain keperluan prosedur.

“Ini bermakna tiada tahanan yang boleh mencabar asas penahanan tersebut, sama seperti EO dan ISA,” kata peguam hak asasi manusia itu lagi.

Katanya, pindaan itu tidak praktikal dan masih berat sebelah kerana pelantikan masih lagi di bawah kuasa oleh menteri dan bukannya Lembaga.

“Ahli Lembaga dilantik oleh Agong atas nasihat menteri. Ini tidak praktikal sama sekali.

“Ini bermakna ahli-ahli Lembaga Pengarah memegang jawatan mereka atas keizinan menteri,” katanya.

Surendran mengulangi kebimbangan kebebasan rakyat Malaysia akan diperjudikan sekiranya rang ini diluluskan menjadi undang-undang.

Bacaan pertama pindaaan PCA dibacakan Zahid minggu lalu bertujuan mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua tahun.

Pindaan berkenaan akan menyamai ISA yang tidak memasukkan semakan kehakiman, kecuali melibatkan langkah prosedur.

PCA ketika ini hanya membenarkan tahanan selama 72 hari terhadap individu yang ditahan di bawah akta berkenaan.

Akta itu juga mengkehendaki tahanan dibawa ke mahkamah sebelum ditahan selama 72 hari.

Ia digunakan secara efektif sebelum ISA dikuatkuasakan dan melalui pindaan itu, Putrajaya ingin menggunakan akta berkenaan sekali lagi.

PCA bagaimanapun tidak meliputi kawasan Sabah dan Sarawak kerana ia dikuatkuasakan pada 1959 sebelum negeri Borneo menyertai Malaysia, dan pindaan berkenaan akan memasukkan peruntukan melibatkan dua negeri itu.  TMI

Kenali Siapa Mantan Menteri Besar Kedah Ustz Azizan Razak

Oh,Pasai Ni Kenapa Mat Sabu Di Kaitkan Dengan Syiah….

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.

Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS.

“Adakah kesemua mereka menjadi Syiah kerana saya membawanya dari Iran. Sudah tentu tidak,” katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider sambil bercerita, kurma dari Iran pun dilarang makan kerana takut dituduh Syiah.

Katanya, setiap dua tahun sekali iaitu menjelang muktamar yang ada pemilihan dalam PAS, isu Syiah akan bergema. Kali ini bukan di kalangan PAS sahaja, isu ini juga dimainkan juga oleh pemimpin kerajaan, agensinya dan media yang dikawal mereka.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan.

Isu Syiah menjadi sangat hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hizbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.

Mohamad diserang apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana.

“Sebenarnya perang di sana adalah agenda perebutan kuasa dan tidak ada kaitan dengan perang antara Sunnah dengan Syiah sebagaimana yang digembar-gemburkan.

“Presiden PAS, Hadi Awang telah menjelaskan perkara ini,” katanya kesal dengan apa yang berlaku.

Mohamad menceritakan kembali bagaimana beliau boleh tertarik dengan perjuangan Islam di Iran yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeine.

“Semasa saya belajar di ITM dulu, awal 1970-an, kampus ketika itu dipengaruhi oleh Abim dan PKPIM. Idola kami adalah gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pimpinan Hassan Al-Banna dan Syed Qutb.

“Apabila dunia dikejutkan dengan revolusi Iran pada 1978, saya yang berada dalam Pemuda PAS ketika itu dipimpin Mustafa Ali (sekarang Datuk) dan Haji Subky Latif selaku setiausaha, kami pergi ke sana,” katanya.

“Apabila kita melawat Iran di awal revolusi, kami melihat kehebatan ulamanya apabila mereka bercakap hal revolusi dan perjuangan. Kami rasa kagum dengan ketrampilan mereka kerana selama ini di Malaysia, ulama hanya tukang baca doa dan seumpamanya saja,” katanya.

Dari situ, apabila pulang, Mohamad dan rakan-rakannya membawa konsep kepimpinan ulama yang diamalkan dalam PAS sekarang.

“Kami bawa usul kepimpinan ulama ini dalam Muktamar Pemuda 1982 di Bukit Mertajam. Selepas diluluskan kami bawa ke Muktamar Pusat dan diluluskan dalam Muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka tahun itu.

“Pada 1983, usul ini dibawa ke dalam Perlembagaan PAS, maka terbentuklah Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS sekarang,” katanya.

Sebab itu, katanya, konsep kepimpinan ulama ini bukan datangnya dari Mesir atau Turki, tetapi datangnya dari Iran, kata Mohamad yang  cuba mengaitkan ramai pemimpin PAS yang terpengaruh dengan gerakan Islam di Mesir (Ikhwanul Muslimin) dan Turki (AKP pimpinan Tayyib Erdogan dan Saadet pimpinan Necmetin Erbakan).

Mohamad mengimbau kembali bagaimana beliau diseretkan dengan Syiah.

“Orang tuduh saya Syiah kerana saya kagum dengan perjuangan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah, Lubnan.

“Saya suka dia kerana, bila dia bercakap soal perjuangan, anaknya mati di medan perang melawan Israel ketika umurnya 17 tahun, rumah kena bom hancur berkecai.

“Bila dia cakap Islam dalam keadaan dagang, dia sendiri dagang bila terpaksa bersembunyi ke sana kemari daripada pengeboman dan pembunuhan oleh agen Isreal.

“Maka orang seperti Hasan Nasralah datanglah penghormatan kepadanya dari penyanyi, pemain bola, orang awam, orang Kristian bahkan orang tiada agama menerima kepimpinan Hassan Nasrallah sehingga kain jubahnya itu diambil dan dipakai oleh anak-anak muda dan artis kononnya nak ambil keberkatan… inilah contoh kepimpinan yang saya terima,” katanya.

Katanya, kefahaman beliau dan rakan-rakannya ketika itu, kepimpinan ulama ini bukan bermakna semua jawatan dalam PAS  mesti dipimpin ulama.

“Kefahaman kita, presiden dan ke bawah boleh di isi sesiapa saja yang layak dan mampu tetapi Majlis Syura Ulama hendaklah di isi oleh orang yang ada latar belakang pendidikan agama secara formal.

“Ini kefahaman kami ketika meletak Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam parti,” katanya.

Bagi beliau, pada peringkat awal konsep ini diamalkan, gandingan yang baik berlaku antara Yusof Rawa dengan Datuk Fadzil Noor dan Datuk Fadzil dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kebetulan semuanya dari aliran agama.

“Bagi saya siapa saja boleh pegang presiden dan lain-lain jawatan. Kalau ulama yang mahu memegang jawatan itu, bukan melalui title atau bertenggek atas nama ulama saja, mesti memenuhi syarat kepimpinan,” katanya.

Katanya, beliau menerima orang seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Abdul Hadi untuk memimpin PAS kerana kelebihan yang mereka ada.

“Mereka ada kelemahan tetapi kelebihan yang ada pada mereka mengatasi semua yang lain, maka orang seperti itu layak untuk memimpin,” katanya.

Beliau berkata, apabila dia dan rakan-rakannya melawat Iran selepas revolusi Iran pada 1978, mereka tertarik dengan gerakan sukarela di sana yang dinamakan Jihad Sizendagi.

Kumpulan inilah yang berjaya membawa keluar rakyat Iran dari buta huruf yang tinggi di samping masalah bekalan elektrik luar bandar yang rendah.

“Bila kita balik, kami  ambil semangat itu maka tertubuhlah Unit Amal, bahkan lagu Unit Amal adalah inspirasi dari lagu itu yang dinyanyikan oleh anak muda di sana,” katanya yang menjelaskan dari manakah asal usul Unit Amal, badan kebajikan dan kawalan yang sangat berpengaruh dalam PAS sekarang.

Katanya, langkah ini diambil sesuai dengan konsep hikmah dalam Islam iaitu hikmah itu benda yang tercicir dan jika diambil ia akan menjadi hak orang yang mengamalkannya.

“Kita tidak pun menyeru orang mengambil syiahnya tetapi mengambil sistem, cara dan bagaimana mereka boleh gerakkan rakyat menumbangkan satu regim yang zalim,” katanya.

Beliau berkata, kunjungannya ke Syria dua tahun lalu dimainkan daripada perspektif mazhab terutama menjelang muktamar kali ini.

“Tahun ini lebih dahsyat bila saya kunjungi Syria sebelum ini. Yang saya jumpa semuanya ahli Sunnah wal Jamaah. Muftinya, Dr Said Ramadhan Albutti, Menteri Wakaf, Menteri Perpaduan… semuanya sunnah… sebenarnya di sana tidak timbul isu Sunni dan Syiah ni, ia adalah pertarungan merebut kuasa,” katanya. – 27 September, 2013.Sumber

Kayanya Anak Nazri Aziz,Beli Banglo Rm7J….

NONEAnak Nazri Aziz  si Nadim ni di katakan membeli sebuah banglo yang mencecah Rm7j,hebat kan menjadi anak menteri Umno,Dalam usia semuda ini telah mempunyai aset yang berjuta ringgit….Pendedahan ini telah di buat oleh Solidariti Anak Muda {klik }Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang menurutnya dikaitkan dengan Nedim.Nazri Aziz bila di ajukan soalan oleh pemberita tentang pembelian banglo ini”Nazri dengan selamba melontar kembali soalan itu kepada pemberita’Rumah Apa?dan dia juga boleh membeli Istana bukan masalah saya..

Aku tak hairan sekiranya Hang Nadim ni membeli Banglo RM7J sebab dah jadi budaya pak-pak menteri Umno untuk mengayakan Anak beranak serta keluarga,sekiranya kita selidik bukan sahaja anak Nazri Aziz sahaja mempunyai aset yang bernilai jutaan ringgit,Anak-anak pak Menteri Umno yang lain munkin lebih dari ini,..contoh yang boleh kita ambik Tun Mahathir Anak-anak beliau juga mempunyai Eset yang di anggarkan berjuta,Jadi kesimpulanya siapa yang menjadi menteri dalam Umno harus dan wajib mengkayakan diri dan keluarga,Taib Mahmud dan anak-anaknya juga tergolong di antara terkaya di Malaysia…

Isu aset berjuta yang di miliki anak-anak pak Menteri bukan pekara baru dan pelik.Yang harus kita persoalkan di sini adakah SPRM berani untuk siasat dakwaan SAMM tentang anak Nazri Aziz ini?.HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI

Kenyataan Timbalan Meteri UBN: Lynas selamat Macam Kilang Kicap…

Malang sungguh dapat Pak Menteri yang macam ni,Nyawa rakyat boleh di perolokan dengan menyamakan atau membuat perumpamaan pemprosesan nadir bumi itu “selamat seperti kilang kicap”. kenapa begitu biadap sehingga sanggup mepermainkan dengan keselamatan serta kesihatan rakyat,Kalau benar ia selamat kenapa negara lain tolak,dan satu lagi aku cadang Pak Menteri yang memberi perumpamaan yang bodoh lagi bangang ini buat rumah bersebelahan dengan kilang nadir bumi ini atau berdekatan dengan kilang kalau benar mereka kata selamat,Dan tak lupa juga kepada cai-cai UBN yang menyokong kilang pemeroseshan nadir bumi ini pindah saja tinggal berhampiran dengan kilang tersebut atau suruh Najib buat taman perumahan di kawasan tersebut boleh ramai-ramai Pak Menteri dan Cai-Cai  UBN YANG MENYOKONG SERTA CLAIM SELAMAT tinggal sekampung amacam….Apa punya timbalan Menteri benda yang macam ni pun boleh di buat main-main,jadi benarlah slogan rakyat di dahulukan,Nak sakit,nak mati dan menderita rakyat yang kena dan tanggung dulu,Nyawa dan kesihatan rakyat di perdagangkan…Tapi aku tak paham puak-puak yang macam ni masih lagi di sokong walau pun terang-terang menyeleweng dan menyusahkan rakyat ! apa taknya pekara yang macam ni serious pun boleh di buat main dan di persendakan oleh Pak Menteri UBN ini,Jahanam betoi!…HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!

Konfrontasi hangat tercetus antara Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamed, kumpulan anti-Lynas dan anggota Parlimen pembangkang, selepas perhimpunan membantah kilang itu di Parlimen hari ini.

NONEAbu Bakar tampil untuk menenangkan keadaan dengan berkata kontroversi sekitar pusat pemprosesan nadir bumi itu “selamat seperti kilang kicap”.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada kumpulan itu dan membacanya.

Dia kemudianya berakhir dengan saling membalas jerita antara anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Abu Bakar.mk