Lucut Sasterawan Negara@Kerakyatan Pak Samad Rela….

Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said berkata beliau mengalu-alukan sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan pendesak agar gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada 1985 ditarik balik.

Tidak cukup dengan itu, tokoh sastera itu berkata beliau juga tidak kisah jika kewarganegaraannya juga dilucutkan.

“Soal tarik balik anugerah Sasterawan Negara itu sangat bapak alu-alukan. Teruskanlah.

“Malah kalau ingin tarik balik warganegara saya pun, saya alu-alukan,” katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.

Kenyataan itu timbul ketika polis menggiatkan siasatan ke atas beliau, yang berucap dalam satu perhimpunan bersama individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.

Beliau juga mengulas desakaan yang timbul, seperti yang diulas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, agar gelaran tersebut ditarik balik.

Kumpulan berhaluan kanan Melayu, PERKASA pula dilaporkan menuntut agar tindakan tegas dikenakan ke atas individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya.

Menurut NGO tersebut, individu berkenaan tidak layak menjadi warganegara Malaysia kerana perbuatan itu didakwa menghina bangsa dan negara.

Diminta mengulas dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis terpaksa menahan beliau selepas tokoh itumenyelinap masuk ke rumah pada tengah malam kelmarin, A Samad berkata:

“Sudah terlalu banyak berita tentang peristiwa seputar bapak. Cukuplah. Jika ingin ditambah biarlah seputar polis sahaja,” katanya.mk

Admin;

Aku bukan nak coment kerja polis Malaysia dan kerajaan Malaysia sebab kedua-duanya sangat baik…Pak samad sasterawaan negara yang sudah pun separuh umur berjaya di berkas kerana kesalahan yang di lakukan beliau boleh menggugat negara mengibar bendera sang saka Malaya/Malaysia pada malam Merdeka,,Kan baik dan bertapa cekapnya polis kita buat kerja..Kesalahan Pak Samad ni lebih bahaya dari kongsi Gelap,perasuah dan pembunuh yang menggunakan c4..Apa taknya Mohd Taib KM Serawak masih bebas walau pun di panggil oleh SPRM untuk siasatan tak pula di cekup kerana engkar arahan SPRM…saspek pembunuh Altantuya pun dah bebas…jadi kesimpulanya pembunuh,perasuah,kongsi gelap tidaklah merbahaya kalau nak di bandingkan dengan Pak Smad yang hanya mengibarkan bendera sang saka…Syabas aku ucapkan kepada kerajaan Malaysia dan polis kerana sangat cekap buat kerja…Lepas ni seperti jesi bola sepak yang ada bendera selain dari negara kita kenalah haramkan,dan siapa yang memakai atau menjualnya kenalah cekup sebab tak patriotik tak gitu Zahid@KPN….Pada musim bola sepak piala dunia kedai atau tempat-tempat makan tak boleh kibarkan bendera negara-negara kegemaran mereka selain Jalur Gemilang walau pun Malaysia tak pernah layak kepiala dunia, janji patriotik…kah.kah.kah,Haaa…

satu lagi sebelum aku terlupa ada sorang pak menteri Umno semasa perasmian geleri patung lilin tempoh hari ada memakai lambang bintang Kominis dari sebuah negara!amacam Zahid dan polis Malaysia yang cekap tak mau tangkap dan soal siasatkah pak menteri tersebut dia pun tak patriotik sebab sanggup memakai lambang atau bendera negara lain di bajunya sungguh memalukan negara pak menteri tu..

Gambar Menteri Mana Ni Pakai Bitang Kominis Polis Tak Mau Siasat Ka !!!

Aku rasa polis Raja Di Malaysia juga layak dapat pujian dari aku dan rakyat Malaysia kerana berapa bededikasinya pasukan polis menjalankan tugas kerana berjaya cekup ikan-ikan bilis,jerung di lepaskan ..dan nama polis juga harus di kemaskini seperti polis di raja malaysia tukar kepada polis di raja Umno/BN kan cantik nama tu..Renung-renungkanlah selamat beramal….

P/s:Pak Samad kalau nak senang sudah barang tentu boleh,Tetapi jiwa beliau,jiwa seorang pejuang rakyat yang sebenar,sanggup berdepan dengan keperitan dan kesusahan,demi satu perjuangan menegak kebenaran mengembalikan keadilan serta menentang kebobrokan pemeritah..


Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s